Najib Razak Dan Zahid Hamidi Dikatakan Tidak Hormati Parlimen Kerana Tidak Hadir. Ini Respond Balas Najib Razak




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14, hari ini.

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Pekan dan Bagan Datuk itu disahkan oleh ketua pembangkang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya tidak pasti mereka di mana. Adakah mungkin Najib perlu berada di mahkamah? Saya juga tidak menyedari yang beliau (Ahmad Zahid) tiada di sini,” katanya semasa ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa berkenan merasmikan istiadat itu, diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. – BERNAMA

Sumber Artikel: Bharian Online

Najib Razak Respond Kenapa Dia Tidak Hadir

Media di bawah kawalan kerajaan PH melaporkan saya tidak hadir ke majlis pembukaan penggal kedua Parlimen hari ini tetapi tidak memberi sebarang sebab.

Seolah-olah nak memberi gambaran bahawa saya malas untuk hadir ke parlimen atau tidak menghormati DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Apa yang sebenarnya berlaku hari ini ialah Mahkamah telah tolak permohonan saya untuk menghadiri parlimen untuk hari ini dan hari esok.

Nampaknya kali ini media Singapura lebih jujur untuk melaporkan berita sebenar.

Sumber: Facebook Najib Razak




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*