Awi Rafael Menjelaskan Punca Utama Di Dalam Video Kenapa Dia Terpaksa Batalkan Perkahwinan Dengan Atikah Suhaimie

MAJLIS pernikahan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini di Singapura dibatalkan secara tiba-tiba.

Video Penjelasan Di Bawah Artikel

Awi, 33, menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu dia sudah mencuba yang terbaik terhadap bekas tunangnya serta keluarga untuk persediaan majlis tersebut.

Menurut Awi, dia membuat keputusan untuk bertunang tahun lalu kerana berniat untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan membawa pelakon itu ke jalan Allah.

Bagaimanapun, Awi menganggap dugaan baru itu terlalu berat buatnya memandangkan dia masih mempunyai ibu serta perlu menjaga maruah keluarga.

“Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia dan Awi sekeluarga sudah pun bersedia untuk Ahad ni.

“Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakal dan terus tunang sejak tahun lalu.

Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru.

“Namun Awi juga mempunyai ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahla, Awi pun tak ingin buka aib sesiapa,” katanya.

Dalam pada itu, Awi beranggapan apa yang terjadi merupakan jawapan saat akhir untuk solat istikarah yang dilakukannya.

Awi dan Atikah bertunang pada 17 Mac tahun lalu.

Menurut Awi, dia akan membayar semula tiket penerbangan ke Singapura dan sebagainya yang telah ditempah ahli keluarga terdekat.

Malah, Awi turut akan menghubungi pihak penaja perkahwinannya untuk didermakan kepada rumah kebajikan kanak-kanak.

“Jodoh di tangan Tuhan dan mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa sokong dan sayang.

“Jangan risau saya akan bayar balik semua yang sudah membeli tiket penerbangan dan sebagainya. Terima kasih untuk hubungi saya.

“Kepada penaja untuk kad perkahwinan, kek dan makanan serta sebagainya, jangan risau saya akan hubungi anda juga. Kita boleh berikan kepada rumah kebajikan kanak-kanak,” ujarnya.

Atikah sebelum ini pernah terkait dengan penyebaran foto tidak senonoh.

VIDEO PENJELASAN AWI RAFAEL YANG DIMUATNAIK KE DALAM INSTAGRAM

Awi harap semua teman akan faham.  Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat2 akhir ini.

TQ to all my friends tht hv been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that hv booked flights etc.. tq for calling me. To co-sponsors for e wedding.. cake & food etc, don’t worry i will call you too.

Kpd rakan2 media, TQ kerana selalu memberi support kpd Awi & dia. Tetap berikan sokongan kpd dia.
Namun utk Awi.. Awi & keluarga terpaksa tarik diri. Awi minta maaf, salam. 

Sumber: MSTAR ONLINE / AWI RAFAEL IG

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*