Sisa Bahan Kimia Telah Dikeluarkan Sejak Hari Pertama Dan Jumlah Terkumpul Amat Memeranjatkan

SEBANYAK 2.43 tan sisa bahan ki mia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, dikumpulkan dalam operasi pembersihan pada hari pertama kejadian itu dilaporkan, 7 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, jumlah sisa bahan ki mia yang dikumpulkan itu hanya pada hari pertama sehinga operasi pembersihan tamat pada 11 malam.

Beliau pada masa sama, menegaskan tidak timbul isu kerajaan negeri dan agensi kerajaan lambat memberi tindak balas dalam insiden itu kerana proses membersihkan sisa bahan ki mia yang dibuang ke sungai terbabit dibuat dari hari pertama insiden dilaporkan.

“Pihak berkuasa menerima laporan berhubung insiden ini pada 5.15 pagi dan respons segera dibuat khususnya menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.

“Lokasi pembuangan dikenal pasti pada 9.30 pagi, sebelum kerja pembersihan awal dibuat membabitkan beberapa agensi kerajaan yang berada di lokasi,” katanya padasidang media di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Pasir Gudang, hari ini.

Bagaimanapun, kerja pembersihan terpaksa dihentikan pada hari kedua, 8 Mac lalu, berikutan makluman daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bahawa sisa buangan bahan ki mia itu berbahaya dan memerlukan kaedah pembersihan yang mematuhi peraturan keselamatan.

“Kerja pembersihan disambung semula, semalam oleh syarikat kontraktor pembersihan yang pakar dalam menguruskan bahan ki mia berjadual.

“Bacaan kualiti udara setakat ini adalah pada tahap yang baik dan normal, namun ia boleh berubah mengikut keadaan cuaca,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sejak insiden pencemaran sungai itu dilaporkan, 947 mang sa mendapatkan rawatan awal.

Katanya, jumlah itu direkodkan di dua pusat rawatan awal yang dibuka iaitu Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih dan Dewan Taman Mawar.

“Seramai 209 mang sa dimasukkan ke dalam wad di empat hospital daerah ini, manakala seramai lapan mang sa ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Semua mang sa sudah diberi rawatan dan mereka yang ditempatkan di ICU juga stabil, termasuk mang sa yang ditularkan di media sosial,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*