Zukie Menceritakan Kisah Hidup Dia Yang Bukan Mudah Untuk Sampai Ke Tahap Ini. Memang Tak Sangka Dugaan Yang Dia Hadapi




Sudah 5 tahun dalam bidang ni . lebih 400 video telah aku keluarkan , perkara paling susah sepanjang 5 tahun tu adalah nak kekal kosistant bekarya . macam macam dugaan telah aku hadapi .

Bermula dengan Handphone Lenovo A916 yang beharga Rm380 . Itulah orang cakap jangan putus asa .
Dari mula dulu aku kurang berminat nak duduk depan Kamera , aku lebih suka di belakang Tabir , tapi Rezeki Allah Luas . Alhamdulillah … Cita-cita nak penjadi seperti Mamat Khalid , Syafiq Yusof dan ramai lagi Director yang hebat – hebat diluar sana .

banyak Pengarah , Tv station , radio station offer belakon la mengacara laa , tapi semua aku tolak dengan hikmah . sebab bukan tu yang aku target .

Aku memang selalu ditipu dan digunakan oleh orang yang penting diri sendiri , jutawan , usahawan dan pelabagai lagi , tapi takpa aku halalkan semua …

selow selow aku belajar macam mana hidup dibelakang tabir , Youtube adalah cikgu terbaik . kat youtube lah aku belajar edit video , daripada Apps editing android , imovie (iphone) sampai lah aku belajar Final Cut Pro , Vegas Pro , Primere Pro , After Effect . dan dari youtube juga aku belajar Lighting setup , Camera , Lense , framing , dan pelbagai lagi .

kini target aku nak belajar buat Drama series , Telemovie , Filem . banyak dan jauh lagi aku kena belajar .. Langkah pertama adalah naik kan Talent dan pelakon aku sendiri dan slow kan diri aku di depan kamera sebab nak fokus belajar di balik tabir .

aku bukan dari university filem , aku belajar sendiri dari youtube biasalah lambat sikit nak masuk kepala .

walaupun masih noob bidang “Teknikal” tapi aku masih ada kawan-kawan yang sentiasa ajar .Alhamdulillah .

Minat yang mendalam buat aku terus ketagih nak buat lagi video video yang power power kena dengan jiwa orang .
Skrg aku ada @iamoyot @pakduanlejen @mamat_laakowt @firdauszzyadizz_ @wan_syazwan_toqwea @rahmansall3h @jamaltetsu @im_burn dan lain lain untuk jadi orang di depan kamera aku .

Aku tulis ni sebab nak kongsi sedikit yang bidang ni kena minat baru boleh pegi , kalau setakat nak buat duit atau nak kejar femes mmg tak jadi ape .

aku tak anggap diri aku macam instafemes /artis macam yang lain nak kena pakai cantik dan lifestyle best, aku pakai apa ada dan cukup untuk kelurga aku dah cukup buat aku puas .
semoga kita sama sama dapat mafaat dari apa yang aku tulis .

thanks semua support . doakan aku dapat buat filem satu hari nanti geng …

Sumber : Zukieee

Jom layan video terbaru zukieee




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*