Nasihat Padu Sylvester Stallone Pada Mcgregor Ini Buat Semua Peminat Khabib Tersenyum!




BINTANG Hollywood, Sylvester Stallone berkata bekas juara featherweight dan lightweight UFC Conor McGregor berada di persimpangan jalan kariernya.

Selepas atlet digelar ‘The Notorious’ itu disaman kerana memecahkan telefon bimbit seorang peminatnya di luar kelab malam di Miami, jiwanya masih belum pulih daripada kekalahan kepada Khabib Nurmagomedov.

Atlet dari Ireland dianggap tewas dalam pertarungan terbesar kariernya kepada Khabib, kecundang pada pusingan keempat pertarungan utama blockbuster UFC 229 tahun lalu.

Stallone, peminat seni tempur memiliki saham kecil dalam UFC turut memberi kata-kata nasihat kepada McGregor dalam satu temu ramah bersama TMZ Sports.

Pelakon terkenal menerusi filem lasak Rambo berusia 72 tahun itu berkata, McGregor perlu menangani ketakutan untuk menewaskan Nurmagomedov jika dia mahu mengecapi ‘ketenteraman dalaman’ dan mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang atlet terhebat sepanjang masa.

“Dia berada di persimpangan kehidupannya,” kata Stallone.

“Jika dia tidak boleh mengatasi ketakutan dan menewaskan lelaki ini (Khabib), saya rasa ia akan menjadi wabak penyakit sepanjang hidupnya.”

“Saya fikir (Conor) kalah kerana dia berasa marah, berasa terlalu hebat dan menjadi sombong. Dia rasa boleh menang mudah, dia terus berdepan lelaki ‘gentleman’ itu dan dilepuk di bahagian muka menyebabkannya bertahan. Tiada Pelan B. Bahkan, langsung tiada Pelan A tolak.”

Ditanya bagaimana McGregor perlu mengawal dirinya ketika sedang berdepan kes mahkamah, Stallone menasihatkan lelaki dari Dublin, Ireland itu agar terus tersenyum.

“Terus tersenyum. Anda tidak boleh mengkritik senyuman,” kata Stallone.

Biarpun McGregor lebih banyak mencetus kontroversi di luar gelanggang saingan UFC.

Atlet berusia 30 tahun itu dijangka kembali ke Octagon pada Julai ini biarpun lawannya masih belum diumumkan.

VIDEO:

sumber: hmetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*