Ketika Najib Razak Sedang Santai Di Restoren Lepas Solat Jumaat Tiba Tiba Kekecohan Berlaku Di Seberang Jalan. Ini Respond Najib Razak




Program bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menyaksikan insiden pergelutan antara penyokongnya dan pelajar Universiti Malaya (UM).

Kejadian itu berlaku ketika Najib sedang berucap dalam program santai di Restoran Amjal yang terletak di hadapan UM.

Sekumpulan enam hingga lapan pelajar sebelum itu berkumpul di seberang jalan berhampiran tempat program dan menjeritkan slogan “penipu” dan “mana RM2.6 bilion” sambil memegang plakad yang antara lain berupa gambar badut yang menyerupai Najib.

Susulan itu, penyokong Najib menghampiri mereka dan mengoyakkan plakad yang dipegang pelajar dan seterusnya berlaku pergelutan.

Salah seorang pelajar turut dilihat dicekik dari belakang sebelum dikerumuni individu lain.

Dalam klip rakaman video pemberita, turut kelihatan mengoyakkan plakad adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam.

“Kita tak peduli, tapi bila dia guna gambar Najib, itu gambar bos kita. Hak kitalah kita nak ambil gambar tu, nak koyak kan ke, kan?” kata Lokman dalam klip video itu.

Malaysiakini difahamkan pelajar yang dicekik merupakan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke.

Pergelutan dileraikan dengan kumpulan pelajar berkenaan berundur namun penyokong Najib masih terus mengekor mereka.

Beberapa ketika kemudian, polis tiba dan dilihat membawa kumpulan pelajar meninggalkan kawasan itu dengan kenderaan polis.

Malaysiakini berjaya menghubungi Wong dan dimaklumkan bahawa dia dan rakan-rakannya dibawa ke Balai Polis Pantai Dalam.

“Kami dibawa ke balai polis kerana polis kata mahu melindungi kami, bukan untuk siasat,” katanya.

NAJIB RAZAK LUAH RASA KESAL

Setelah membuat laporan polis terhadap saya dengan fitnah bahawa saya mahu bercemarah di dalam Masjid, hari ini mereka cuba menghalang saya dari berucap di restoran.

Semasa saya bersembang santai dekat UM tadi, ada 6 orang yang membuat provokasi terancang dengan menggunakan propaganda PH lama “Mana RM2.6b”.

Bahaya sangat ke, saya berucap?

Saya berselfie, PH lapor polis. Saya mahu bersolat di Masjid, PH lapor polis.

Saya berucap, mereka buat provokasi di luar.

Oleh kerana provokasi, satu pergaduhan kecil telah tercetus seketika.

Saya kesal dengan pergaduhan ini.

Perkara seperti ini tidak patut berlaku oleh mana-mana pihak dan laporan polis telah dibuat oleh pihak penganjur sesi sembang santai ini.

Bagaimanapun, saya jawab sekali lagi isu RM2.6b ini supaya rakyat faham.

Pada bulan September lalu, saya pernah mencabar Kit Siang beberapa kali untuk mengakui bahawa beliau tahu saya sudah kembalikan kebanyakkan wang yang disebut RM2.6b itu selepas 3 bulan saya menerimanya tetapi Kit Siang memilih untuk tidak menjawab.

Masa itu saya juga memuatnaik dokumen-dokumen dari bank yang menunjukkan wang yang disebut ramai sebagai RM2.6 bilion ini telah dikembalikan kepada sumber sama yang menghantarnya, yakni “return to sender”.

Itu jawapannya.

Bila agaknya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH akan mengaku bahawa saya tidak merompak, menyamun, mencuri dan menyimpan RM2.6b ini di dalam poket saya untuk membeli cincin dan beg tangan?

Politik berasaskan kebencian dan serangan peribadi hanya laku jika PH masih pembangkang tetapi sekarang mereka sudah menjadi kerajaan.

Pada bulan Ogos lalu, saya didakwa dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram mengenai dana yang disebut RM2.6b ini di bawah akta AMLATFA serta 4 pertuduhan di bawah akta SPRM yang merupakan “predicate offence” untuk 21 pertuduhan itu.

Di bawah akta AMLAFTA ini, setiap pergerakan wang samada penerimaan, pembayaran atau pindahan dikira sebagai satu tuduhan.

Saya didakwa menerima dana itu.

Saya juga didakwa 6 kali kerana telah memulangkan dana kepada penghantar (yakni return to sender) serta dua pertuduhan kerana memindah wang dari satu akaun saya kepada akaun saya yang lain.

Ini semua kertas dakwaan rasmi. Takkan palsu juga?

Rakaman Kekecohan Yang Berlaku …

Sumber : Malaysia KINI / Najib Razak




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*