Ustaz Ini Ajarkan Bagaimana Nak Buat Air Daun Bidara Dan Cara Yang Betul Gunakannya




Sebagaimana tumbuh-tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran, bidara juga disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga, pasti pokok bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya.

Pokok Bidara atau nama saintifiknya, Z. mauritiana, merupakan sejenis pokok renek malar hijau yang tumbuh dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang berdiameter 40 cm atau lebih, rimbun daunnya, berduri dan dahan yang rendang, bewarna hijau gelap, berkilat di sebelah atas dan hijau-pucat hingga hijau-kelabu di bahagian bawah, bergantung kepada iklim.

Pokok bidara cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Buahnya lembut, berair dan berbiji. Buahnya masak pada masa berlainan, walaupun pada pokok yang sama.

Rahsia Khasiat Daun Bidara

Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang sepenuhnya. Ia lembut, berair berkulit kedut dan mempunyai aroma yang amat menyenangkan.

Rasanya manis dan masam-masam-manis. Tekstur isi dan rasa menyerupai epal, apabila mengkal isinya putih dan ranggup, berasid hingga separa asid tapi manis.

Buah yang terlalu masak kurang ranggup dan seperti bertepung, buah terlebih masak pula berkedut, isi bewarna krim, lembut, berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan, kemudian berubah menjadi hapak.

Cara-cara nak buat Air daun bidara . 100% tiada bahan campuran. Kaedahnya seperti berikut

1. Ambil 7, 14 atau 21 helai daun bidara yang jenis batang berduri.

2. Basuh dengan bersih.

3. Di blend mengunakan setengah cawan air bersih.

4. Tapis dan botolkan dengan menggunakan botol 500ml dan campur dgn air bersih agar penuh botol tersebut.

5. Bacakan surah Al-Fatihah, Ayat kursi, 3 Qul dan surah Yasin ayat ke 9 serta selawat syifa.

6. Disimpan didalam peti ais agar tidak masam.

Jika anda hendak mandi menggunakan air bidara tersebut, ambil 1 botol sahaja. Tuang di dalam baldi kosong, tuang 1 botol air bidara tadi dan campur dgn 5 atau 6 gayung air bersih. Mandi untuk bilasan terakhir. Waktunya selepas asar sebelum masuk waktu maghrib. Ratakan satu badan sehingga habis dan terus lap (jangan dibilas dengan air lain). Lakukan 3 petang berturut-turut. Insya Allah semoga dengan ikhtiar ini. Allah swt berikan kita kesihatan yg lebih baik.

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya ijazahkan.

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan.

 




1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*