Lelaki Ini Mengadu Kepada Ustaz Setiap Kali Waktu Asar Badan Akan Seram Sejuk Dan Lepas Maghrib Demam Sampai 40celcius. Ustaz Suruh Dia Minum Air Ini Dan Ini Yang Lelaki Itu Muntahkan




Gambar diatas hanya sekadar hiasan

Pesakit bagi tahu tadi, apabila masuk sahaja waktu asar badan rasa seram sejuk, lepas magrib demam sehingga suhu 40′. Apabila makan akan muntah semula, hospital, klinik semua dah pergi. Doktor kata normal.

Malam tak boleh tidur, kepala sakit dan susah nak bernafas. Hampir 3 mggu dah berlarutan bergini. Tadi lepas ruqyah dan bagi air kelapa pada pesakit, pesakit muntah lendir (racun santau) yg banyak dan campur darah sikit. Ada kemungkinan pesakit ni disantau tuju. Semoga dgn ikhtiar hari ni, Allah berikan beliau kesihatan yg lebih baik..

BAGAIMANA NAK MENGATASI SANTAU?

Santau/sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kenser, ketumbuhan atau sakit kronik yang lain. Bagaimana cara untuk mematikan racun santau/sihir tersebut?

Cari kelapa muda, Minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tghr – 1 ptg. Minum jangan letak ais batu atau gula (ori). Sebaiknya minum didalam buah kelapa tu juga, tak perlu pakai cawan atau straw.

Sebelum minum air kelapa tersebut baca surah Al-Fatihah 1x dan surah Taha Ayat 69 sebanyak 3x kemudian doa (contoh: Ya Allah jadikan air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan). Minum dengan perlahan diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.

Jika ditubuh kita mempunyai racun santau/sihir kita akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. itula bisa-bisa santau yg ada di tubuh seseorang yg terkena santau.

Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali. Insya Allah jika dijadikan amalan racun santau/sihir tidak akan memberikan kesan sampingan pada tubuh kita seperti kenser, ketumbuhan atau sakit2 kronik yg lain. Insya Allah.

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya ijazahkan.

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan

وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا ۗ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ ۗ وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona’uu, innamaa shona’uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.”(QS. Ta-Ha 20: Ayat 69)

Sumber : Norazri Medzlan




1 Trackback / Pingback

  1. Lelaki Ini Mengadu Kepada Ustaz Setiap Kali Waktu Asar Badan Akan Seram Sejuk Dan Lepas Maghrib Demam. Ustaz Suruh Dia Minum Air Ini Dan Ini Yang Lelaki Itu Muntahkan - Alert TV Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*