Fasih Berbahasa Arab, Gelagat Budak Sembang & Berlawak Dengan Pelancong Arab Dikagumi Netizen




Kanak-kanak fasih dalam Bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan, namun jarang untuk kita melihat kanak-kanak yang fasih dalam Bahasa Arab.

Kelebihan menguasai bahasa asing merupakan satu kelebihan yang amat berguna di masa akan datang. Video melalui Twitter Munirdinie menunjukkan seorang budak lelaki yang fasih berkomunikasi dalam Bahasa Arab bersama pelancong asing.

Cara dia menerangkan ikan dalam kolam tersebut sungguh lancar dan menarik perhatian pengunjung.

Menurut Munir, video ini diambil tengah hari semalam di Pantai Rhu, Langkawi. Kalau korang tengok video kat atas ni, ramai juga orang-orang keliling leka tengok budak ni sembang Arab. Admin pun syok tengok walaupun tak faham sepatah haram.

Kalau korang nak tahu, setakat ni, video tersebut dah dikongsikan oleh 14.5k orang. Rata-rata netizen memang kagum dengan kefasihan budak ni.

Boleh bersembang dan melawak dalam bahasa arab

Klip video tersebut menyaksikan budak lelaki itu dengan bersahaja berbual dengan pasangan pelancong dari Arab. Bukan setakat bersembang mengenai ikan, dia turut mampu membuat lawak dalam Bahasa Arab.

Netizen memuji kelebihan budak lelaki itu

Sumber: Munirdinie,Ohbulan, Awattt Syeikhh

Sebenarnya, kalau tempat-tempat perlancongan macam ni, ramai yang tahu banyak bahasa. Sebab senang untuk dorang communicate dengan tourist. So, korang jangan pandang rendah dengan orang-orang kampung. Bak kata Najib, bukan besherr besherr.

Kita semua boleh je nak belajar bahasa lain. Lagi-lagi sekarang banyak tutorial online yang ajar macam-macam bahasa. Takde istilah “dah lambat” ya?

Korang semua mesti tahu belajar bahasa lain selain bahasa ibunda memang bagus dan sebenarnya tak lah sesusah yang disangka. Macam sekarang, ramai yang tahu cakap Bahasa Korea hanya dengan tengok K-Drama je.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*