Kejutan Yang Manusia Kalkulator Ini Berikan Buat Dia Harumkan Nama Malaysia. Memang Lain Dari Yang Lain.




Tahniah kepada Yaashwin! Baru sahaja berumur 15 tahun telah menunjukkan satu bakat yang amat berbeza dan ramai bersetuju apa yang dia bawa ke dalam Asia Got Talent malahan kepada francais ‘Got Talent’ ini adalah yang kali pertama dalam sejarah.

Nama Yaashwin mula menggemparkan negara apabila saluran Youtube rasmi Asia’s Got Talent bagi musim 2019 menayangkan kehebatan melakukan pengiraan. Malah beliau yang turut menggelarkan dirinya sebagai ‘manusia kalkulator’ telah membuat ketiga-tiga juri terpegun dengan bakat yang dimilikinya.

TAHNIAH YAASHWIN !

Terbaru, menurut sumber dari Bernama, Yaashwin Sarawanan telah diumumkan sebagai Tempat Kedua Asia’s Got Talent 2019.

“It was beyond my expectations to be in the top two. From 200 acts, it narrowed down to nine, and today, I was left with Chien,” Yaashwin, 15, memberitahu kepada media selepas acara The Result Show

Dengan tema ‘ Back to School ‘, beliau mengejutkan juri apabila menjemput semua juri dan pengacara ke atas pentas. Dengan menggunakan prop meja sekolah memang menggamit kenangan untuk kesemua juri. Memang bijak !

Lebih menakjubkan apabila beliau meminta tarikh istimewa daripada juri juri dan dia boleh meneka hari apa kah tarikh istimewa itu terjadi.

Ketua Juri, David Foster pun terpegun kerana Yaashwin mampu meneka tarikh bila dia terima Anugerah Grammy.

TAHNIAH KEPADA KUMPULAN NAMA JUGA

Juara AGT musim ketiga ini menjadi milik ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien, yang banyak memukau penonton dengan muslihat mengagumkan dari jarak dekat. Beliau antara lain membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000.

Sementara itu, satu lagi penyertaan Malaysia ke peringkat akhir iaitu kumpulan Nama, kandas dalam kelompok awal finalis bersembilan.

Kuartet nyanyian harmoni dengan imej gadis berhijab itu mencuri perhatian sejak pusingan saringan hinggalah ke pentas akhir yang diadakan di Singapura itu.

AGT musim pertama menampilkan empat juri tetap profesional dalam industri seni bagi mengadili para peserta ialah penerbit muzik terkenal David Foster, penyanyi tersohor Indonesia, Anggun Cipta Sasmi, dan bintang rap popular Amerika-Korea Selatan, Jay Park.

Sumber – Astro Awani

PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU SEMUA ORANG




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*