Nelayan Jumpa Sauh Kapal Berusia Hampir 400 Tahun. Bila Disiasat, Sauh Kapal Itu Ada Kaitan Dengan Harta Karun




Sekumpulan pemancing baru-baru ini berjaya menemui sauh sebuah kapal daripada abad ke-17 yang hilang ketika belayar membawa barangan berharga bernilai 1.1 Bilion Pound (RM 5.9 bilion).

Sauh tersebut yang tersangkut pada pukat bot di perairan berdekatan Land’s End, Cornwall, British dilaporkan berasal daripada kapal Merchant Royal.

Kapal berkenaan dikatakan karam pada 1641 ketika belayar meninggalkan Mexico dengan membawa emas seberat 100,000 paun (45,359 kilogram) dan 400 jongkong perak.

Mendapat jolokkan sebagai ‘El-dorado Laut’, akhbar The Telegraph pernah mendedahkan bahawa kapal berkenaan dipercayai dilanda badai berdekatan Kepulauan Sicily. Pakar mengenal pasti sauh tersebut daripada kapal berkenaan setelah mengambil kira saiz sauh dan usianya.

Walaupun penemuan sauh berkenaan bakal membantu pemburu harta karun untuk menentukan kedudukan sebenar kapal, namun pelbagai ancaman menanti bakal meletakkan misi tersebut sebagai misi yang berbahaya.

Kata salah seorang pakar selaman, Mark Milbu, mana-mana pihak yang mahu mencari bangkai kapal tersebut perlu mempunyai sekurang-kurangnya alat skuba yang boleh berfungsi serta pakar selaman yang mampu menyelam pada kedalaman 300 kaki (91 meter).

Manakala mana-mana harta yang ditemui dalam kapal tersebut perlu diserahkan kepada Kerajaan British memandangkan harta tersebut ditemui dalam perairan milik negara.

Para penyelam ini boleh menyimpan harta tersebut tetapi boleh dikenakan tindakan kerana menyimpannya secara tidak sah.

Tahun lepas, bangkai sebuah kapal pedagang turut di temui di perairan milik UK, dipercayai sebuah kapal yang membawa muatan berharga seperti belian daripada India pada tahun 1684.

Sumber: USA Today via Siakap Keli




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*