Rupanya Ini Rahsia P.Ramlee Mencari Ilham Hasilkan Karya, Memang Pelik Tetapi Unik. Saloma Dedahkan Segalanya

P. Ramlee sememangnya lagenda di Malaysia dan Singapura. Tidak ramai yang mengetahui fakta, kisah suka dan duka kehidupan P. Ramlee. Sememangnya, pemergian seniman lagenda ini satu kehilangan yang besar buat industri hiburan.

Scroll Ke Bawah Untuk Melihat Video 

Rahsia Ilmu P.Ramlee

Apabila memperkatakan tentang P.Ramlee, masyarakat hari ini akan merujuk kepada keberhasilan karya seni beliau. Tidak dinafikan P.Ramlee sememangnya mempunyai bakat anugerah Allah yang sangat luar biasa dan mempunyai satu sentuhan yang ajaib kepada sesuatu perkara yang dilakukan berkaitan dengan kerjayanya sebagai pengarah filem, pelakon, penyanyi, penulis lirik, penggubah lagu dan pelawak.

P.Ramlee mempunyai beberapa tabiat. Beliau memiliki kepandaian berbual dan bercerita secara spontan. Ini membuatkan beliau menjadi seorang periwayat yang baik untuk filem-filem arahannya.

Satu tabiat P.Ramlee ketika beliau duduk sambil bercerita atau berbual, sebelah kakinya tidak berhenti terhenjut-henjut dengan cepat, ini menandakan yang otaknya sedang berfikir. P.Ramlee suka duduk berbual bersama rakan-rakannya di kedai kopi Siput berdepan dengan Studio Nombor 8 di Jalan Ampas.

Kebiasaannya ketika beliau sedang rancak berbual atau bercerita mesti ada segelas kopi dan sebungkus rokok Lucky Strike di hadapannya. Antara pelakon pelakon yang selalu menjadi pendengar setia ketika P.Ramlee bercerita ialah seperti S.Sudarmaji, Ahmad C, A.Rahim, Aziz Sattar, S.Shamsudin dan beberapa lagi yang lain.

bersama sudin dan aziz

Apabila kita menonton filem Seniman Bujang Lapok, kita semua telah disajikan dengan keadaan dan suasana sebenar di Studio Jalan Ampas. Jikalau tidak ada filem itu, maka kita semua tidak akan tahu bagaimanakah keadaan dan suasana yang sebenarnya di studio itu ketika zaman gemilang filem Melayu klasik di Singapura.

Kita semua bangsa Melayu di seluruh nusantara patut berterima kasih kepada P.Ramlee dan juga semua pemain watak di dalam filem itu kerana telah memberikan gambaran yang sebenar keadaan di Jalan Ampas. Walaupun tidak keseluruhannya, tetapi ada. Ini kerana, hanya filem Seniman Bujang Lapok satu satunya yang memberikan gambaran tersebut.

BAGAIMANA P.RAMLEE DAPAT ILHAM? VIDEO DIBAWAH AKAN TERANGKAN SEGALANYA.

Sesungguhnya karya P.Ramlee memang masih menjadi pujaan hati rakyat Malaysia tidak kira umur.

Sumber Rujukan: The Patriots

Edited By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*