Berhenti Cari Acab, Abang Kandung Buat Laporan Polis Menimbulkan Tanda Tanya Orang Ramai




Pencarian Acap yang hilang memasuki minggu ketiga terus menemui jalan buntu walaupun operasi besar-besaran melibatkan 170 anggota keselamatan pelbagai agensi dibuat pada hari Sabtu lalu. Malah, sejak Acap hilang, ramai sukarelawan orang awam yang turun membantu tetapi gagal. Menurut polis, mereka tidak akan berhenti cari Acap sehingga mendapat petunjuk jelas.

Pelbagai teori menjadi buah mulut sejak Acap hilang tanpa bukti sehinggakan sesetengah teori dilihat tidak masuk akal. Selain itu, ada juga laporan yang diterima pelbagai amalan khurafat dilakukan dalam usaha mencari Acap dan membuatkan keluarga Acap tidak senang.

Berhenti Cari Acap, Abang Buat Laporan Polis.

Sejak semalam tersebar gambar salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh Mohammad Azlan atau Denny Lang, yang meminta orang ramai berhenti mencari adiknya, Mohammad Ashraf atau Acap, yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail 2019 sejak 23 Mac lalu.

Tindakannya itu menimbulkan pelbagai persoalan netizen sehingga timbul beberapa spekulasi negatif.
Pihak polis mengesahkan menerima laporan waris peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, supaya orang awam menghentikan operasi mencari.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat abang Mohammad Ashraf iaitu Mohammad Azlan, pada jam 5.20 petang semalam.

Ditanya apakah tindakan lanjut pihak polis, Hasron Nazri berkata, polis akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Berdasarkan laporan polis itu, Denny bukan sahaja meminta orang ramai berhenti mencari, malah meminta agar segala spekulasi dan berita tidak benar menenai adiknya dihentikan.

Berhenti Cari Acap, Abang Buat Laporan Polis.

Menurut laporan polis yang dibuat Mohammad Azlan, bukan hanya berhenti daripada mencari bahkan meminta agar segala spekulasi dan berita tidak benar mengenai adiknya juga dihentikan.

“Waris ini telah pun berbincang dengan pihak ketua kampung Kampung Pintu Padang dan kerana itu dia tampil membuat laporan,” katanya mengenai laporan polis tersebut.

Tetapi menurut polis, mereka tidak dapat menghalang orang awam mencari Acap kerana banyak laluan tikus untuk masuk ke kawasan Acap dipercayai hilang.

Kalau polis hendak menempatkan anggota bagi menentukan tiada kemasukan orang awam, polis juga tidak boleh menjangkakan orang tempatan di situ yang turut mencari.

Selama ini semasa operasi mencari Acap yang berjalan dari 27 hingga 30 haribulan lalu, orang-orang kampung juga terlibat. Jumlah kesemua pada operasi awal ialah 800 orang termasuk orang kampung, jadi untuk menyekat keluar masuk orang awam memang susah.

Kita perlu menghormati permintaan keluarga Acap. Jika ini yang dimahukan, sukarelawan diminta berhenti cari Acap, serahkan sahaja kepada pihak berkuasa.

Jangan bimbang kerana pihak polis tidak berhenti cari Acap sehingga mendapat petunjuk yang jelas merungkai misteri kehilangan Acap.

Sumber : Sinar Harian




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*