5 Barangan Paling Mahal Yang Dimiliki Putera Mahkota Diraja Dubai. Nombor 5 Tu Paling Tak Sangka Dia Ada

Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum, nama yang sedang menjulang naik bukan hanya kerana status dirinya sebagai Putera Mahkota Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tetapi pengaruh sosial di mana memiliki lebih 7.2 juta orang pengikut di laman Instagramnya sehingga melayakkan digelar sebagai ‘Raja Instagram’.

Memetik laman web elanthemag.com, Putera Mahkota berusia 36 tahun dikenali sebagai Fazza di laman Intagramnya merupakan salah seorang inidividu terkaya di dunia.

Dalam laman sosial itu, Putera kedua kepada Emir Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum didapati kerap berkongsi sebahagian gaya hidup termasuklah minatnya terhadap fotografi, sukan ekstrem dan sajak.

Walaupun memiliki banyak barangan yang mahal dan sering memuat naik aktivit harian di Instagram, namun beliau juga seorang yang sangat merendah diri dan suka menderma.

Admin menyenaraikan 5 barangan paling mahal yang dimiliki putera raja Dubai itu.

1. Unta dan kuda paling mahal

Fazza memiliki seekor unta bernilai RM 11.3 juta dan pernah memenangi pertandingan unta tercantik di dunia. Ketika itu unta miliknya dipertandingkan dengan lebih daripada 17,000 unta lain.

Unta yang dibeli oleh Fazza memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 2.51 juta dalam beberapa jenis pertandingan.

Selain itu, beliau turut memiliki seekor kuda bernilai 12.55 juta yang dihadiahkan oleh ayahandanya.

2. Kereta amfibia

Fazza mempunyai 6 buah kereta jenis The Pyhton, keluaran WaterCar, sebuah syarikat pembuatan kereta yang berpangkalan di California.

Kereta Amfibia jenis The Pyhton memiliki kelajuan 129 km/sejam di atas darat manakala 72 km/sejam di dalam air.

Harga bagi sebuah The Python ialah RM 628,000, jadi jumlah keseluruhan yang dibayar Fazza untuk 6 unit ialah RM 3.76 juta.

3. Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse

Putera diraja Dubai ini turut memiliki beberapa kereta antaranya kereta paling laju yang pernah di dunia iaitu Bugatti Veyron. Kereta model Grand Sport Vitesse dengan lebih 1,001 kuasa kuda ini boleh memecut sehingga 408.8 km sejam itu bernilai RM 7.11 juta seunit.

4. Penthouse di Kanada

Pada tahun 2013, keluarga diraja Dubai membeli 3 kondominium penthouse Hotel Fairmont Pacific Rim di Vancouver di Kanada bernilai RM 230 juta.

Walaupun tidak didedahkan secara rasmi pemilik sebenar kondominium tersebut, namun orang ramai sudah mengagak ia milik Fazza kerana telah dilihat beberapa kali dilihat tinggal di situ.

5. Pesawat Boeing 787-10 Dreamliner

Beliau memiliki 40 unit pesawat Boeing 787-10 Dreamliner dan ke semua pesawat dibeli bukan sahaja untuk tujuan kegunaan peribadi tetapi meningkatkan sektor perniagaan pesawat di Dubai.

Harga untuk sebuah pesawat Boeing 787-10 Dreamliner itu bermula dari RM 1.28 billion, menjadikan nilai keseluruhan perjanjian itu sehingga RM 66.77 billion.

Sumber : FMT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*