Sebelum Masuk Mahkamah, Najib Razak Berhenti Sekejap Dan Apa Yang Beliau Lakukan Selepas Itu Semua Ikut Sekali




Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib yang bersut coklat juga menadah tangan dan turut sama berdoa sebelum meninggalkan perkarangan lobi dan menuju ketingkat atas. Video rakaman ada kami sediakan di akhir artikel

Kes Najib akan dibicarakan dihadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Perbicaraan hari ini akan bermula dengan pasukan peguambela Najib menyoal balas saksi ketiga pendakwaan, penganalisis Jabatan Perisikan Kewangan Bank Negara, Mohammad Nizam Yahya.

Pada hari ketiga perbicaraan semalam, Nizam, 39, memberi keterangan beliau telah mernyita dokumen berkaitan tiga akaun semasa anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana Sdn Bhd di Affin Bank Berhad di Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015.

Katanya, dokumen yang disita itu terdiri daripada borang pembukaan akaun, borang spesimen tandatangan, senarai pihak yang berkuasa menurunkan tandatangan, penyata berkaitan pembukaan akaun tersebut serta borang Customer Due Dilligence (CDD) bagi ketiga-tiga akaun itu.

Semalam, saksi pendakwaan kedua, pegawai penyiasat Bank Negara, Azizul Adzani Abdul Ghafar pula memberitahu mahkamah bahawa antara RM40 juta dan RM5 juta telah ditransaksi dalam akaun milik Najib, SRC International dan unitnya Gandingan Mentari Sdn Bhd antara 24 Disember 2014, dan 13 Februari 2015.

Azizul, 41, berkata hal ini diteliti pada dokumen mengenai akaun Najib dan kedua-dua syarikat yang dirampasnya dari cawangan Ambank di Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Serbuan terhadap kedua bank itu dibuat selepas empat hari akhbar perniagaan The Wall Street Journal melaporkan para penyiasat percaya sekurang-kurangnya AS$700 juta telah mengalir ke dalam akaun bank Najib.

Peguam Negara Tommy Thomas dijangka mengetuai pasukan pendakwaan yang terdiri daripada 13 orang, termasuk Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan Mohd Ashraf Adrin Kamaril.

Najib pula diwakili oleh pasukan pertahanan 13 orang yang diketuai oleh peguam veteran jenayah Muhammad Shafee Abdullah.

Sementara, ahli-ahli pasukan pembelaan ialah bekas peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden, Harvinderjit Singh, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.

Najib Razak tiba di bangunan mahkamah Kuala Lumpur. Najib menaiki kereta Proton Perdana berplat nombor TN 50. Sejurus turun dari kenderaannya, penyokong bekas perdana menteri yang majoritinya wanita berdoa terhadap pemimpin mereka.

Najib yang bersut coklat juga menadah tangan dan turut sama berdoa sebelum meninggalkan perkarangan lobi dan menuju ketingkat atas.

Seramai 40 Penyokong Najib dari Pekan Pahang tiba diperkarangan dan mereka memaklumkan sampai dari Pahang pada jam 5 pagi tadi.

Sumber – Malaysia Kini Via Awattt Syeikhh




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*