Satu Kampung Bergaduh Sebab Bola Sepak, Ini Yang Terjadi Selepas Wisel Penamat Ditiupkan




SERAMAI 23 individu termasuk pemain bola sepak ditahan bagi membantu siasatan membabitkan insiden perga duhan pemain dan penyokong dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai, Jasin, dua hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, polis sudah menahan 23 individu untuk diambil keterangan berhubung insi den perga duhan berlaku pada perlawanan antara pasukan Kampung Tedong Darat dengan Serkam itu.

“Insi den perga duhan tercetus sebaik perlawanan berakhir berikutan ada penyokong tidak berpuas hati dengan kekalahan.

TIADA KENA MENGENA DENGAN POLITIK

“Akibatnya, mereka meru suh dan bertum buk. Ini adalah insiden perga duhan bola sepak dan tiada kaitan dengan politik,” katanya sambil menegaskan supaya tiada pihak mengaitkan insi den itu dengan politik.

Rakaman kejadian perga duhan berdurasi 46 saat membabitkan pemain dan beberapa penyokong di hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai dua hari lalu dimuat naik individu di Facebook sehingga menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuk mengaitkannya dengan politik. Gambar kanan: Antara pemain cede ra ketika perga duhan tersebut. – Gambar Sinar Harian

Mohd Nor Yhazid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Kese ksaan kerana meru suh.

Terdahulu, rakaman kejadian perga duhan berdurasi 46 saat membabitkan pemain dan beberapa penyokong di hadapan SK Pulai menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuk mengaitkannya dengan politik.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang selepas berakhirnya perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat antara pasukan Tedong Darat bertemu Serkam berkesudahan pasukan Serkam memenangi perlawanan 3-2.

Bagaimanapun, sebaik wisel penamat dibunyikan, berlaku perga duhan membabitkan pemain dan penyokong kedua-dua pasukan hingga mengakibatkan beberapa orang mengalami kece deraan.

Video Selepas Wisel Dibunyikan ..

Difahamkan, kejohanan merebut Piala Penyelaras DUN Serkam bermula awal Mac lalu itu julung kali diadakan atas anjuran Japerun Serkam dan disertai 10 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Perlawanan penentuan juara yang sepatutnya dijadualkan semalam terpaksa ditangguhkan susulan perga duhan itu.

Video Kejadian ..

Sumber : Sinar Harian / Facebook Joe




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*