Penangan Orang Ketiga Bergelar Janda Dan Ini Yang Terjadi Kepada Pasangan Suami Isteri Yang Memang Tak Sangka




BELUM pun reda kisah hangat seorang pendakwah bebas yang menceraikan isterinya ketika sedang hamil, timbul pula kisah hampir sama menimpa seorang wanita.

Menurut perkongsian yang kini tular di media sosial, seorang wanita mendakwa diceraikan suami gara-gara seorang wanita lain berstatus janda.

Menurut wanita yang bernama Mira itu, rumah tangganya bersama bekas suami bermasalah sejak sebulan lalu disebabkan janda tersebut.

“Minta maaf ye, mana yang bersuami tu harap jaga suami masing-masing dengan molek jangan sampai kena ambil dengan janda ni.

“Dah sebulan lebih rumah tangga aku kucar-kacir disebabkan betina ni, akhirnya tak ada kesudahan, aku diceraikan oleh laki aku,” luahnya di laman sosial miliknya pada Sabtu.

Tanpa mengulas lanjut bila dan berapa lama masalah itu berlaku, Mira yang dipercayai berkahwin pada Oktober 2017 berkata, keadaan tersebut berlanjutan sejak dia masih hamil sehingga kehilangan anaknya.

Mesej yang diterima daripada janda menerusi Whatsapp.

Namun, sepanjang tempoh itu dia berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya tetapi gagal sejak janda itu berkenalan dengan suaminya selama lebih sebulan.

“Dari aku mengandung sampai aku ‘kehilangan’ anak aku disebabkan dua orang ni, aku cuba nak pertahankan rumah tangga aku selagi boleh tapi Allah tak izinkan,” katanya tetapi tidak menjelaskan bilakah dia diceraikan oleh suaminya dan punca kehilangan anaknya.

“Dah sebulan lebih rumah tangga aku kucar-kacir disebabkan betina ni, akhirnya tak ada kesudahan, aku diceraikan oleh laki aku sebabkan betina ni.” – MIRA

Perkongsian wanita itu turut disertakan dengan beberapa paparan skrin menunjukkan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp, didakwa berlaku semasa suaminya tidur.

“Malam tadi aku tengah tidur dengan laki aku, kau boleh call dan WhatsApp laki aku. Bila aku yang angkat, kau boleh tanya mana laki aku, betina jenis apa kau ni?

“Janda jenis terdesak. Kenal baru sebulan lebih, kononnya nak cari yang lebih baik,” ujarnya.

Perbualan antara Mira dan seorang janda begitu tegang.

Menurut Mira, dia begitu kesal dengan lelakinya yang lebih memilih untuk bersama dengan janda yang baru dikenali.

“Hari ni hari kau orang buat aku macam ni. Allah tak pernah tidur.

“Bumi ni bulat, sampai masa akan terkena dekat diri kau orang, jangan sampai terhantuk baru nak bersujud,” kata Mira sambil menambah dia tidak merestui perhubungan tersebut kerana ia menyebabkan hidupnya menderita.

Mira (kanan) bersama bekas suaminya.

Menerusi perkongsian di halaman Facebook ‘Ibu Tunggal Mencari Jodoh’, rata-rata netizen kesal dengan tindakan bekas suami dan si janda yang menjalin hubungan terlarang itu.

“Sebabkan perempuan macam ni, habis janda dikatakan perangai perampas. Tapi tak boleh nak salahkan perempuan tu juga. Yang laki dia tu layan buat apa. Kalau salah satu tak melayan benda ni tak kan jadi,” kata seorang netizen.

“Isteri dah cukup segala-galanya. Gilakan janda sampai buat isteri jadi janda. Untuk apa erk? Semoga Allah permudahkan segala urusan kamu sahabat,” ujar netizen lain.

Terdahulu, rumah tangga yang melanda Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan Muhamad Mokhtar Rozaidi mencetuskan kontroversi selepas menceraikan isterinya yang sedang hamil tujuh bulan.

Menerusi posting di Instagram, PU Abu mengakui kesilapan dan menyesali perbuatannya kerana menceraikan bekas isteri selain bersikap tidak adil.

Dia yang kini berada di Makkah turut berjanji untuk menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk proses selanjutnya susulan penceraian itu.

Sumber : MSTAR ONLINE




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*