Akhirnya Mereka Bertemu, Setelah Hampir Dua Jam Ini Yang Berlaku Selepas Itu




Yahya atau mesra disapa Pak Ya memberitahu, dia kasihan kepada Mazlan terutama dalam aspek karier dan reputasinya selepas insiden hitam itu.

“Kerjaya dan reputasi Lan tercalar dengan insi den itu,” katanya.

Yahya menghormati tindakan Lan yang sanggup bersemuka untuk memohon maaf dengan hati yang ikhlas.

“Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya huku man terhadap Lan disemak semula.

“Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu,” katanya.

Sementara itu, Mazlan yang juga anggota kumpulan Senario, bersyukur Yahya yang disapanya Pak Ya dan keluarga, memaafkan dirinya dan melayan dengan baik pada pertemuan itu.

“Berminggu-minggu fikiran saya runsing dan tidak senang hati selagi tidak bersemuka dengan Pak Ya dan keluarga.

“Saya mengambil sedikit masa untuk mengatur pertemuan ini. Saya perlu mencari nombor telefon dan memastikan Pak Ya bersetuju untuk bersemuka.

“Saya berterima kasih pada Pak Ya dan keluarga yang menerima pelawaan untuk bertemu.

“Pada awalnya, saya tahu Pak Ya marah. Tetapi apabila melihat saya dengan rendah diri, zahir dan batin memohon maaf, dia akhirnya tersenyum,” katanya.

Mazlan berkata, dia akan ingat pesanan Pak Ya supaya tidak mengulangi kesilapan.

“Walaupun pada pertemuan ini, air mata tidak menitis, tetapi hati saya menangis tiada siapa tahu.

“Saya sedih dan insaf. Saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti famili sendiri. Saya merancang membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah, insya-Allah,” katanya.

Pada 15 April lalu, Mazlan diden da RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memu kul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, di sini.

Mazlan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Kesek saan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.

Mazlan mengaku melakukan ke salahan itu di Acacia Park Desa Jati pada 6 April lalu. Pelakon filem Zom bie Kampung Pisang itu membayar denda diputuskan mahkamah

Sumber: Bharian Online




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*