Adakah Ini Cara Untuk Mengekalkan Kesedapan Papadom. Apa Yang Mamak Ini Buat Pasti Buat Anda Berfikir Dua Kali




Nasi kandar atau nasi berlauk mamak, ini boleh dikatakan makanan wajib rakyat Malaysia. Nasi berlaukkan ayam goreng yang ranggup dan berempah, diletakkan pula sayur kobis kuning dan kari bendi selepas itu nasi dibanjirkan dengan kari campur.

Jangan lupa papadom, ia seperti kentang goreng di restoren fast food. Tiada papadom tidak lengkap la nasi kandar anda. Dulu kita biasa ambil sendiri papadom dari dalam bekas tetapi ianya telah ditukar dimana hampir kesemua restoren makanan mamak akan bungkus siap siap papadom di plastik dan ini kisah tentang papadom tersebut.

Patutlah Tengok Kembung Elok Plastik Papadom”

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pekerja restoran mamak membungkus papadom. Namun apa yang menjadi perhatian ialah sebaik sahaja memasukkan papadom ke dalam plastik, pekerja itu dilihat meniup plastik bungkusan tersebut sebelum diikat.

Tidak diketahui nama dan lokasi restoran mamak tersebut, video itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak menyangka cara tersebut digunakan untuk memastikan plastik papadom dalam keadaan kembung.

Malah ramai yang jijik dengan tindakan pekerja restoran berkenaan kerana ianya membabitkan isu kebersihan dan dibimbangi berlakunya jangkitan kuman.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan, ramai yang mengakui tidak lagi mengunjungi restoran mamak atas faktor kebersihan.

Video Yang Tular ..

Rasanya, lepas ni ramai dah yang tak berani nak ambil papadom setiap kali pekena nasi kandar. Apa pun diharap, pemilik restoran perlu lebih peka dan memberikan penekanan dari segi kebersihan terhadap pekerja mereka. Bila kedai bersih, barulah ramai nak datang.

Sumber Kredit: Vitdaily

 




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*