Anak Perempuannya Terkandas Di KLIA Selepas Hilang Kad Debit Tapi Kemudian Datang Lelaki Malaysia, Tindakannya Buat Bapa Ini Terharu Seumur Hidup




KUALA LUMPUR: Sikap prihatin rakyat Malaysia mendapat perhatian dan sanjungan warga asing.

Seorang aktivis sosial warga Amerika Syarikat, CJ Werleman menceritakan tentang nasib malang yang menimpa anak perempuannya yang berusia 18 tahun selepas kehilangan kad debit bank ketika menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jelas Werleman dalam ciapan Twitternya petang Isnin, selepas lebih 12 jam menunggu penerbangan seterusnya anaknya itu menyedari kad debit beliau tiada dalam simpanannya dan gagal dikesan.

Ia membuatkan remaja itu panik kerana tidak dapat membeli makanan dan minuman sementara menunggu.
Apa yang menariknya,ketika beliau dalam keadaan tertekan dan sedih sambil memikirkan nasibnya, kesuraman remaja wanita itu menarik seorang lelaki tempatan yang kemudiannya menegur beliau.

Hal tersebut diceritakan oleh anaknya menerusi pesanan ringkas yang turut dikongsikan oleh Werleman.

Dalam mesej pesanan ringkas di antara beliau dan anaknya yang dikongsi Werleman beliau berkata: “Saya duduk di sebuah meja yang bersambungan dengan meja lain yang diduduki oleh seorang lelaki berusia sekitar 50-60an bersama keluarganya.

“Dia menyedari keadaan saya yang tertekan dan mata saya merah sebelum dia datang dan bertanyakan saya masalah yang saya hadapi dan kami berbual.

“Jadi saya boleh melupakan masalah saya dan dia terus bertanya apa yang saya mahu lakukan dengan makan.

“Saya katakan semuanya akan ok tapi saya terus menangis. Dia berikan saya dua bar coklat dan sebotol air dan anggur juga sandwic selain RM50. Dan dia tanyakan saya adakah saya percaya Tuhan? Saya katakan  ya!. Dan dia kemudiannya menangis. Dia berkata bahawa tuhan mahu saya tolong awak. Awak tak nampak dia tapi dia ada,” kata anaknya dalam pesanan ringkas kepada Werleman.

Selepas mengetahui kisah anaknya, Werleman menyifatkan lelaki berkenaan sebagai malaikat yang dihantar untuk membantu anaknya yang dalam kesusahan.

Jelasnya, anaknya itu dalam perjalanan untuk menemuinya namun tidak dinyatakan di mana.

Perbuatan lelaki warga Malaysia itu nyata menambat hati aktivis berkenaan yang menurutnya sumbangan yang dihulurkan sedikit namun sebenarnya memberikan makna yang besar pada remaja itu dan juga negara

Sumber : Astro Awani




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*