Subhanallah, Duit Pencen Arwah Suami Disimpan Selama 30 Tahun Dan Ini Yang Isteri Arwah Bina. Betapa Mulianya Hati Wanita Ini




Seorang wanita di Arab Saudi menjadi sebutan dalam kalangan penduduk di sana selepas kisahnya membina sebuah masjid khas yang dinamakan sempena nama suaminya.

Wanita berkenaan juga dilaporkan telah menyimpan semua duit hasil pencen daripada arwah suaminya itu selama 30 tahun untuk membina masjid tersebut.

Kisah berkenaan dikongsikan oleh anak kepada wanita berkenaan, Mohammad Al Harbi, suatu ketika dahulu dan menjadi viral di media sosial.

”Betapa mulianya kamu, wahai ibu. Dia tidak pernah membelanjakan wang pencen ayah saya. Ibu saya menyimpan wang tersebut selama 30 tahun sebelum mendirikan sebuah masjid yang dinamakan dengan nama ayah saya.

”Semoga ayah saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Kita milik-Nya dan kepada-Nya kita kembali,” kata Al Harbi.

Begitu hebat cinta wanita ini kepada suaminya.

Subhanallah, betapa mulianya hati isteri dia .. apa yang dia buat adalah saham pahala yang tidak akan putus .. Mesjid yang dia bina adalah satu keputusan yang patut dicontohi.

Jika orang biasa (bukan semua) sudah pasti wang yang diterima akan digunakan untuk perkara lain. Tetapi sekiranya diguna ke jalan yang betul. Pahala anda tidak akan putus ..

Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran, bukan disuruh untuk kita bina masjid tetapi untuk mendapat pahala bukannya susah. Islam itu mudah dan Allah SWT tidak pernah susahkan hamba hambanya sehingga hambanya tidak mampu.

Moga dipermudahkan semua dari kami KL VIRAL

Sumber Artikel: Siakap Keli




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*