Najib Razak Kongsi Gambar Terkini Pak Lah Dan Ini Kata Kata Najib Razak




Digelar ‘Bapa Pembangunan Modal Insan’, Tun Abdullah Ahmad Badawai yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dahulunya telah memperkenalkan beberapa pelan integriti dalam membentuk budaya yang baik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tahun 2003 menyaksikan dirinya dilantik menjadi pemimpin negara selepas perletakkan jawatan Tun Mahathir pada 31 Oktober 2003.

Sehingga kini namanya disebut-sebut kerana sedaya-upaya meningkatkan mutu kehidupan berkonsepkan Islam Hadhari.

Terbaru, Najib Razak menerusi akaun Twitternya berkongsi gambar terbaru Tun Abdullah atau Pak Lah yang diterima melalui kiriman Whatsapp miliknya.

Beliau dalam pada itu mendoakan kesejahteraan Pak Lah dan berterima kasih dalam sumbangan yang telah diberikannya selama berkhidmat.

“Ada orang WhatsApp gambar Tun Abdullah ini. Alhamdulillah, kita doakan Pak Lah dikurniakan kesihatan dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Pak Lah yang sangat saya hormati, merupakan seorang pemimpin yang sangat berjiwa besar dan banyak berjasa kepada negara dan parti.” – Najib Razak

Antara Sumbangan Pak Lah Ketika Menjadi Perdana Menteri

slide3

Ekonomi

Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan 5 Koridor Ekonomi Malaysia; 1) Iskandar Malaysia, 2) Wilayah Ekonomi Utara; 3) Wilayah Ekonomi Pantai Timur; 4) Koridor Pembangunan Sabah; & 5) Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak. Wilayah ekonomi ini telah diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan pembangunan dan ekonomi kelima-lima wilayah ini.

Menghapuskan Rasuah

Menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) untuk menangani masalah rasuah di sektor awam dan swasta.

Pembangunan Modal Insan

Tun Abdullah telah melancarkan Pelan Integriti Nasional, dan Institut Integriti Malaysia (IIM), bertujuan untuk menanam dan memupuk budaya etika dalam setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Islam Hadhari ialah konsep yang telah diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Polisi nasional ini memberi focus kepada peningkatan pembangunan dan mutu kehidupan sesebuah masyarakat secara keseluruhan, dengan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang, dan pembangunan modal insan. 10 teras strategi telah diperkenalkan sebagai panduan untuk mencapai Islam Hadhari.

Sumber : Siakap Keli / www.perdana.org.my




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*