Aliff Satar Muatnaik Gambar Selepas Lagi Sekali Dikaitkan Dengan Aliff Aziz Tetapi Netizen Teruja Melihat Jam Tangan Dia Dan Mereka Mula Siasat




Seperti yang dijangka, ketika kontroversi melibatkan Aliff Aziz sedang hangat diperkatakan, penyanyi Alif Satar turut terkena akan tempiasnya. Gara-gara mempunyai nama yang sama, segelintir netizen yang tidak mengenali Aliff Aziz mengandaikan bahawa Alif Satar adalah gerangan yang dimaksudkan.

Jam Alif Curi Tumpuan

Memuatnaik gambarnya seperti sebuah emoji di laman Instagram, ternyata peminat dan rakan-rakan artis terhibur melihatkan gelagatnya. Selain berseloroh dengan meminta Alif bersabar, tumpuan turut diberikan pada seutas jam tangan yang dipakai pelantun yang kini popular dengan Sesungguhnya 2019 berduet bersama Kumpulan Raihan.

Berharga Ratusan Ribu?

Melihatkan pada jam tangan yang dipakai Alif, terdapat sesetengah peminat mendakwa bahawa jam tangan tersebut merupakan jam tangan mewah berjenama Rolex.

Berteka-teki mengenai edisi sebenar jam tersebut, terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa ianya merupakan Rolex edisi Cosmograph Daytona yang mencecah harga ratusan ribu.

Memang nampak ‘serasi’ dengan Alif bukan?

Kredit: Hangat

Aliff, Bella tak peduli kontroversi

KETIKA warganet hangat memperkatakan perihal kecurangan Aliff Aziz dengan gadis bawah umur yang dikenali Nismel, penyanyi kelahiran Singapura itu selesa dengan memuat naik rebiu berbayar di Instagram (IG) dan IG Stories.

Tindakan Aliff yang popular menerusi lagu Sayang Sayang itu seakan tidak mempedulikan kontroversi panas itu sejak semalam.

Malah, usaha Harian Metro menghubunginya tidak berjaya. Aliff sekali lagi mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Tindakan serupa diambil isteri Aliff iaitu Bella Astillah apabila enggan memberikan sebarang komen berhubung isu itu.

Namun, menerusi IG Bella, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu rancak melakukan promosi berbayar seperti mana dilakukan suaminya.

Bella bagaimanapun ada memuat naik video motivasi yang mengupas mengenai perhubungan.

Dalam masa sama, Bella juga memuat naik video anak mereka yang sedang sakit hingga terpaksa mendapatkan suntikan daripada doktor.

Terdahulu Aliff didakwa curang buat kali ketiga selepas gambarnya berswafoto dengan tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.

Selain gambar, turut tersebar ialah satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis berusia 16 tahun itu.

Difahamkan, gambar dipercayai dirakamkan Nismel itu disebarkan rakan baiknya yang dikenali sebagai Manja berikutan perselisihan faham mengenai hutang.

Sementara itu, Bella turut memuat naik status yang mana mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan tanpa Aliff.

Bella menerusi Instagram berkata, keputusan itu dibuat demi kebaikan serta masa depan anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber : HMETRO ONLINE




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*