Zarina Anjoulie Komen Tentang Isu Aliff Aziz Dan Bella. Ini Sebab Kenapa Bella Masih Bertahan Dengan Aliff Aziz Walaupun Sudah Kena Tipu Banyak Kali

Kecoh di media sosial apabila Aliff Aziz sekali lagi didakwa curang dengan gadis TikTok. Selepas berdiam diri dari kontroversi melanda suami, akhirnya Bella Astillah buka mulut.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin terhadap dirinya. Namun, dia berharap agar orang ramai hentikan menghantar mesej mengenai suaminya atau membuat spekulasi mengenai isu ini.

Akan Bergerak tanpa Aliff

“Assalamualaikum

Terima kasih atas pendapat semua mengenai perkahwinan saya yang bergelut ini. Ini tidak mudah, tetapi saya tahu ada di antara kamu yang mempunyai niat baik untuk menghubungi dan ada yang berniat jahat dengan memanggil saya sebagai orang bodoh terbesar dalam dunia kerana cuba menegakkan perkahwinan saya yang gagal.

Secara mental dan fizikal, akhirnya saya membuat keputusan untuk bergerak sendiri tanpa Aliff. Saya mahu yang terbaik untuk anak saya.”

Zarina Anjoulie Komen Tentang Isu Aliff Aziz

Zarina yang mesra disapa Anju menerusi sesi Live di Instagram sebentar tadi ada memberikan pandangan berhubung perkara itu selepas dihujani dengan pertanyaan dari netizen.

Anju bagaimanapun dilihat memberikan sokongan buat isteri Aliff, Bella Astillah yang disifatkannya sebagai wanita yang kuat.

“Cepat apa lagi yang korang tak puas hati fasal Aliff ni cuba cerita. Bini dia tak kan cerai dengan dia?

Good for her. Some people are emotionally strong. Bini dia stay bukan sebab bini dia loser. Bini dia stay sebab Bella is emotionally strong.

“Kau kena faham tu. When your emotionally strong, thats means iman kau kuat, kau punya hati kuat. Macam aku tak kuat. Kalau aku, aku tendang je k*** laki dia tu.

“Laki layan DM (direct message) pun aku dah ludah kat k*** dia,” antara kata yang dipetik dari sesi Live tersebut.

Terdahulu, Anju pernah dikaitkan dengan bintang tinggi lampai asal Singapura itu beberapa tahun lalu.

Sumber: MH / BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*