Farid Kamil Akan Beraya Di Penjara Kajang. Rupanya Ini Yang Dia Lakukan Ketika Dalam Mahkamah




PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu terhadap Farid, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam prosiding itu mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman. Berikutan itu Farid akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.

Terdahulu peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid memohon mahkamah tidak mengenakan penjara dan hanya mengenakan hukuman denda kerana tertuduh merupakan penanggung utama keluarga.

“Tertuduh mempunyai seorang isteri dan dua anak yang perlu ditanggung dan bekerja sendiri sebagai pengarah dan pelakon. Sekiranya dipenjarakan tertuduh sukar untuk menanggung keluarganya,” kata Megat.

Tambahnya, anak guamnya juga sudah mengaku salah atas satu pertuduhan pilihan iaitu memberi maklumat palsu yang melibatkan kes sama.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat dengan mengambil kira pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima orang saksi semasa perbicaraan.

Farid Kamil

Farid dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan AADK selama dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Januari tahun lalu.

“Mahkamah juga perlu menjatuhkan hukuman dengan mempertimbangkan faktor kepentingan awam selain mengambil kira kekerapan kes sedemikan berlaku. Jadi tidak perlu diskaun diberikan kepada tertuduh memandangkan tertuduh sebelum ini tidak membuat pengakuan bersalah” katanya.

Mengikut pertuduhan, Hero filem Lagenda Budak Setan itu didakwa menggunakan dadah berbahaya THC, iaitu ‘11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 4.30 petang pada 11 Januari 2018.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber : Kosmo Online

FARID KAMIL MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK DIAM DIRI

Farid Kamil dipenjara 9 bulan

Portal Berita Harian melaporkan, hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid, 38, memilih berdiam diri sedangkan tertuduh sepatutnya tampil untuk membela diri.

Nor Ariffin turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya.

Sumber : Astro Awani




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*