Ini Sebab Kenapa Lafaz Cerai PU Abu Sebenarnya Tidak Sah. Hakim Jelaskan Segalanya




Terdahulu, Ain ‘Afini memberitahu mahkamah bahawa mereka yang bernikah hujung Ogos tahun lalu berselisih faham dan bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari lalu, sebelum kembali rujuk kira-kira sebulan selepas itu.

Bagaimanapun pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain ‘Afini sekali lagi menerima lafaz cerai menerusi WhatsApp daripada PU Abu yang meninggalkannya di rumah selama seminggu.

“Saya turut menerima mesej daripada dia yang meminta supaya memudahkan semuanya dan mengisi borang perceraian,” katanya.

Mohd Nurulazhar membuat keputusan itu selepas Muhammad Abu Sufyan atau PU Abu membuat pengakuan bersumpah bahawa tidak berniat untuk bercerai ketika menghantar mesej berkenaan.

Abu Sufyan selaku defendan mengakui menghantar mesej tersebut kepada isterinya pada tarikh berkenaan.

Hakim: Kamu ada taip WhatsApp tersebut?

Abu Sufyan: Iya

Hakim: Kamu ada taip mesej dan baca dalam hati?

Abu Sufyan: Iya

Hakim: Kamu sedar pada masa itu?

Abu Sufyan: Sedar

Hakim: Adakah kamu dipaksa?

Abu Sufyan: Keadaan yang memaksa

Hakim: Tetapi kamu tidak dipaksa?

Abu Sufyan: Tiada

Hakim: Kamu ada niat untuk menceraikan isteri sewaktu menghantar mesej tersebut?

Abu Sufyan: Tidak. Saya tidak berniat untuk menceraikannya

Hakim: Ada kamu lafaz yang lain?

Abu Sufyan: Tidak ada

Hakim: Kami sanggup bersumpah?

Abu Sufyan: Iya.

Pada prosiding itu, Ain ‘Afni yang menyambut ulangtahun kelahirannya hari ini maklumkan kepada mahkamah bahawa Abu Sufyan menerusi WhatsApp memintanya menyelesaikan borang penceraian.

“Selepas dia lafaz, dia ada WhatsApp sila selesaikan borang penceraian,” katanya.

Sementara itu Abu Sufyan mengakui lafaz menerusi WhatsApp itu daripadanya rentetan daripada kronologi yang panjang.

“Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri.

PU Abu kemudian memaklumkan dia tidak berniat untuk bercerai secara total dan faktor keadaan memaksanya berbuat demikian.

“Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini.

“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya,” katanya.

“SUDAH jelas bahawa kamu sebagai suami perlu menjaga isteri dan anak dalam kandungannya.

“Jangan lepas tangan dan semua hal seharusnya diselesaikan dengan baik,” kata Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Beliau berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini ketika mensabitkan talak dilafazkan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif, 23, menerusi WhatsApp adalah tidak sah.

Dalam prosiding sama, Mohd Nurulazhar turut memerintahkan pasangan itu mendaftar lafaz rujuk cerai mereka pada 23 Februari lalu selepas mendapati lafaz berkenaan adalah sah.

Beliau sebelum itu turut menolak permohonan PU Abu yang meminta media dan orang awam di dalam mahkamah supaya tidak mendengar kes perbicaraan berkenaan kerana isu sensitif dan mengaibkan.

Bulan lalu, Harian Metro melaporkan dalam perkongsian menerusi Instagram (IG), Ain yang kini sarat hamil memaklumkan, talak itu dilafazkan Abu menerusi WhatsApp pada 13 Mac lalu kerana tidak bersetuju dengan permintaan untuk berpoligami.

Sementara itu, Ain ‘Afni yang dijangka melahirnya bayinya pada 10 Julai depan menangis teresak- esak sejurus mahkamah membuat keputusan tersebut.

Tangisan hibanya tidak mampu dibendung sebaik sahaja melangkah keluar dari mahkamah sehingga terpaksa ditenangkan oleh kedua- ibu bapa serta keluarganya.

Abu kemudian membuat permohonan maaf menerusi IG atas tindakannya itu untuk berkahwin dengan janda.

Beliau yang juga pendakwah dan penceramah bebas itu turut memohon maaf kepada keluarga mentuanya.

Abu Sufyan meninggalkan mahkamah secara berasingan manakala isterinya menaiki kenderaan yang dipandu oleh bapanya.

Sebelum ini, Ain ‘Afini menerusi laman sosialnya mendedahkan dia telah diceraikan Abu Sufyan selepas lelaki itu memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Hana Azraa.

Pada 22 April lalu, Abu Sufyan menerusi ruangan komen akaun instagramnya mengakui kesilapannya menceraikan isteri yang sedang hamil.

Sumber : Harian Metro, Sinar Harian




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*