Janda Anak Satu Dedahkan Bagaimana Gambar Dia Dengan Aliff Aziz Boleh Tersebar Dan Ini Apa Yang Dia Fikir Tentang Aliff Aziz




BELUM reda kontroversi kecurangan Aliff Aziz selepas penularan foto tidak berbaju bersama seorang gadis Tiktok, kini muncul pula beberapa keping foto penyanyi itu dengan seorang janda yang tersebar di laman sosial sejak pagi Khamis.

Tidak mahu berdiam diri, wanita yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil menjelaskan foto dia bersama Aliff Aziz merupakan gambar lama yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Meri yang juga seorang ibu tunggal beranak satu itu menjelaskan telefon bimbit miliknya hilang beberapa hari sebelum Ramadan.

“Terima kasih kerana viralkan gambar-gambar saya dengan Aliff Aziz. Tapi gambar itu adalah gambar lama saya dengan dia, kenapa nak kena naik sekarang?

“Ya, telefon bimbit saya baru-baru ini hilang dekat kelab malam sebelum puasa. Saya tak pasti mereka ambil gambar atau apa dan baru sekarang nak viralkan.

“Good job Malaysia, tapi macam basi sahaja,” katanya menerusi penstriman secara langsung di laman Facebook pada Khamis.

GAMBAR YANG MENJADI TULAR DI MEDIA SOSIAL

Selain itu, Meri menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa bersama penyanyi itu.

“Saya dengan Aliff Aziz memang tak pernah ada apa-apa hubungan. Jadi anda tak perlu nak komen macam-macam seolah anda itu ahli syurga.

“Selidik dahulu sebelum nak kecam orang. Cermin diri anda dahulu.

“Terutama orang Penang, jangan komen lebih-lebih. Kalau anda bagus sangat, lebih baik duduk masjid sahaja. Tak perlu kritik orang. Inilah typical melayu, otak cetek,” katanya.

BUKAN DIA YANG SEBARKAN GAMBAR ITU

Dalam pada itu, Meri turut menafikan dakwaan bahawa dia merupakan individu yang sengaja menyebarkan foto itu kerana mahukan publisiti.

“Cakap dekat artis sendu tu, tak perlu acah sangat. Saya tak batak viral.

“Setakat Aliff Aziz tu apa ada… dia tak ada apa-apa. Kalau Datuk atau Tan Sri tak apa juga. Aliff Aziz boleh pergi mati sahaja.

“Anda ingat muka dan body macam saya tidak laku kah?” katanya.

Melalui live di Facebbok itu, Meri juga sempat menempelak netizen yang menuduhnya sebagai perosak rumah tangga Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah.

“Semua orang tahu Aliff Aziz tu macam mana jangan salahkan perempuan sahaja.

“Bukannya acah-acah alim dan kata perempuan jenis macam ni memang jenis suka kebas laki orang…

“Kalau tak mahu laki kamu kena rampas dengan orang, kena wangi sikit. Baru laki tak lari,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping foto memaparkan seorang wanita bercumbuan dan kelihatan mesra bersama Aliff dipercayai berada di sebuah kelab hiburan.

Pada Selasa, dunia hiburan dikejutkan dengan kecurangan kali ketiga Aliff Aziz apabila foto tidak berbaju bersama seorang gadis berusia 16 tahun bernama Nismell tersebar di laman sosial.

Perkara itu membuatkan isterinya Bella Astillah mengambil keputusan tegas mempertimbangkan untuk hidup bersama anaknya tanpa Aliff.

Sumber : MSTAR ONLINE




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*