Pengasas Produk Kecantikan Dnars Skincare Meningg4l Dunia Di Thailand. Rakaman Video Pengesahan Dari Anak Arw4h Sendiri




TUMPAT – Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, mening gal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, ce dera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kema langan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian.

Faizol memaklumkan, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya.

“Saya mengetahui kema langan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak ce dera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah mening gal dunia,” katanya.

Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

Video Pengesahan Dari Anak Arw4h Sendiri

“Saya dalam perjalanan balik dari KL ke KB , terpaksa balik dgn kereta , disebabkan flight terlalu ptg (lwt)untuk kejar wktu , sahabat saya yang pandu kenderaan .Sekian.”

Luahan Anaknya Di Akaun Instagram… Allahu, Sebaknya

Ini sedikit info tentang arw4h pengasas Dnars Skincare.

Kisah Peribadi Pengasas Dnars Skincare

Puan Faziani memang meminati bidang kecantikan sejak zaman remaja lagi. Seorang gadis yang suka melaram, beliau menjaga kecantikan diri dan sentiasa bergaya dengan pakaian yang cantik serta berkasut tumit tinggi. Beliau mengamalkan petua kecantikan daripada nenek moyang sejak zaman sekolah menengah.

Apabila tamat tingkatan 5, beliau terus bekerja dalam bidang kecantikan walaupun bapanya ingin beliau menjadi jururawat yang lebih terjamin. Beliau tetap dengan minatnya dan menceburkan diri menjual produk kosmetik dan membuka salon.

Kisah Perniagaan Dnars Skincare

Adat orang berniaga, pasti ada kesukaran yang dilalui. Begitu juga dengan Puan Faziani.

Semasa menjalankan perniagaan salon, Puan Faziani turut berniaga beberapa jenama kosmetik bersama rakan kongsi. Beliau terpaksa menutup salonnya kerana ingin menumpukan pada penjualan kosmetik yang memerlukannya bergerak ke sana ke mari.

Pernah ditipu soal duit oleh rakan kongsinya, akhirnya Puan Fuziani bertekad untuk mengeluarkan produk sendiri maka terhasillah jenama Dnars. Produk pertamanya merupakan sabun badan.

Menguruskan perniagaan seorang diri, ditambah pula urusan anak-anak, Puan Faziani memang melalui waktu yang mencabar untuk membina jenama Dnars. Menurutnya agak sukar untuk meyakinkan orang dengan produk yang belum dikenali.

Namun kegigihannya membuahkan hasil apabila produk Dnars semakin diterima dan semakin laris setelah diiklankan di dalam majalah.

Kini, produk Dnars sudah mempunyai lebih 500 stokis dan pengedar di serata negara termasuklah Brunei dan Singapura.

Produk yang dijual adalah produk penjagaan wajah bagi kulit sensitif, jerawat dan jeragat, sabun pencerahan kulit badan, kapsul dan minuman kesihatan berasaskan kolagen.

Sumber: BHARIAN ONLINE / Azhan

Salam takziah kepada keluarga dan semoga semua dipermudahkan.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*