PU Abu Dedahkan Jantina Anak Yang Dikandungkan Oleh Bekas Isteri Dan Ini Janji PU Abu Kepada Anak Itu

PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan menjelaskan dia tidak akan sesekali melepaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak yang bakal dilahirkan meskipun sudah bercerai dengan Ain ‘Afini Latif.

Malah, dia yang dijangka menimang cahaya mata lelaki pada 10 Julai ini juga berjanji untuk mengutamakan segala keperluan bayi tersebut.

“Sejujurnya saya tak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak saya nanti. Saya sudah menyediakan kelengkapan untuk Afini dengan membeli barangan bayi, itu belum termasuk duit nafkah.

“Anak itu darah daging saya, kemana sahaja dia pergi, darah saya tetap mengalir dalam tubuhnya.

“Sehingga urusan berkahwin dia nanti pun dia akan perlukan saya,” katanya.

PU Abu menjelaskan tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Dalam pada itu PU Abu memberitahu hubungan dia bersama Ain Afini berserta keluarga mertua kini dalam keadaan baik.

“Jika saya berjumpa dengan ayah Ain, kami berpeluk. Dengan Ain juga saya bersembang seperti biasa.

“Cuma saya minta orang ramai untuk menghormati bekas isteri saya itu.

“Saya tak mahu tambah tekanan kepada Ain,” katanya

PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan Mohd Mokhtar, 25, dan Ain ‘Afni Latif, 23, bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Rabu lalu.

Ain dijatuhkan dua talak kerana mereka pernah bercerai sebelum ini namun rujuk semula.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*