Lagi Kes Tarik Kereta Tiada Surat Kuasa Tul4r Di Media Sosial, Kali Ini Penarik Kereta Pula Yang Kena Teruk Dengan Warganet




POLIS sedang memburu tiga lelaki ‘penarik kereta’ yang terbabit dalam kejadian cuba menarik kereta seorang wanita di Jalan Dutamas 2 berhampiran Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, pada 17 Mei lalu.

Dalam kejadian 3 petang itu, tiga lelaki berkenaan mendakwa pemilik kereta itu mempunyai tunggakan bayaran ansuran bank selama 19 bulan dan mendapat arahan daripada pihak bank untuk menarik kereta itu, namun pemiliknya menafikannya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian cuba menyelesaikan perkara itu, namun tiga lelaki berkenaan berkeras mahu meneruskan niat mereka.

“Seorang wanita berusia 32 tahun mendapat panggilan daripada nombor tidak dikenali mendakwa keretanya menghalang laluan di lokasi dan memintanya mengalihkan kenderaan itu.

“Sebaik tiba dekat keretanya, wanita itu mendapati tiga lelaki berada di sebelah keretanya bersama trak penunda dan memaklumkan kenderaan itu mempunyai tunggakan selama 19 bulan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, wanita itu cuba menghubungi pihak bank untuk kepastian, namun dihalang lelaki berkenaan sebelum rakan wanita berkenaan menghubungi pihak polis.

Menurutnya, polis tiba untuk membantu dan meminta kedua-dua pihak ke balai polis untuk membuat laporan.

Katanya, walaupun perkara itu diselesaikan dengan baik oleh anggota polis, tiga lelaki berkenaan didapati gagal hadir ke balai untuk membuat laporan.

Wanita itu mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis tunggakan atau ‘repossesion order’ daripada pihak bank.

“Butir-butir tiga lelaki berkenaan sudah diperoleh dan usaha menangkap mereka sedang dijalankan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman memaparkan kejadian berkenaan tular di laman sosial yang menunjukkan seorang anggota polis cuba menyelesaikan kejadian itu, namun seorang lelaki meninggikan suara kepada anggota berkenaan.

Hati2 dengan taktik penarik kereta. Kes terbaru di MITEC, seorang wanita didakwa tidak membayar ansuran kereta selama 19 bulan dan keretanya cuba ditarik oleh 3 lelaki yg turut bersikap kurang ajar.Wanita tsb mendakwa dia tidak mempunyai tunggakan bulanan. Ketika dia cuba menghubungi pihak bank, lelaki tsb merampas telefon dan berlakon seolah2 sedang bercakap dgn pihak bank namun sebenarnya dia mematikan panggilan tsb.Mereka bernasib baik apabila ada abg polis tiba ditempat mereka.Bila diajak pergi ke balai, ketiga2 lelaki tersebut terus menghilangkan diri. Terkini pihak polis dilaporkan sedang memburu ketiga2 lelaki tsb.Dari fb Francis Yirdaki CT

Posted by VideoViral Malaysia on Sunday, May 19, 2019

Video yang sempat direkod oleh pemilik kenderaan tersebut kemudiannya dikongsikan ke laman s0sial sehingga menerima pelbagai maklumbalas.

Rata-rata ntizen yang menonton mengecam tindakan kedua lelaki india yang kelihatan kurang ajar ketika berbincang dengan pihak p0lis yang tiba dilokasi.

Menerusi rakam yang dibuat, pihak p0lis memaklumkan bahawa lelaki india tersebut tidak berhak untuk menarik kereta tersebut kerana dokumen RO (Reposession Order) tidak dikemukakan sebagai bukti untuk menarik kereta pelanggan.

Namun begitu, lelaki india tersebut memaklumkan bahawa dokumen tersebut ada dan dalam perjalanan untuk dihantar ke lokasi dan bertegas untuk mengambil kenderaan tersebut.

Kemudian pihak p0lis tersebut memaklumkan bahawa selagi beliau tidak mengemukakan dokumen RO, ia adalah satu kesalahan untuk menarik kereta tersebut.

Berang melihat lelaki india yang tidak memahami situasi tersebut, anggota p0lis tersebut lantas mencadangkan agar pihak pemarik kereta ke Balai untuk membuat laporan.

Cadangan tersebut dipersetujui oleh lelaki india tersebut, namun beliau ingin membawa kereta tersebut ke Balai P0lis sendiri kerana khuwatir pemandu dan pemilik kenderaan tersebut menghilangkan diri.

Pertengaran berlarutan antara lelaki india tersebut dengan anggota p0lis sehinggalah pemilik kenderaan tersebut kembali kedalam keretanya dan berlalu pergi.

Dari fb Francis Yirdaki CT/video vira| malaysia

Kredit: Lubokviral

Sumber : Hmetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*