Dia Dan Nabila Masing-Masing Tidak Sempurna. Sharnaaz Dedahkan Keutamaan Ini Yang Menjadikan Mereka Lebih Dekat Sekarang

RUMAH tangga pelakon Sharnaaz Ahmad, 34, dengan Noor Nabila Mohd Noor, 35, yang dikatakan berantakan kini dalam proses pemulihan selain fokus kepada kesihatan anak mereka berusia lapan bulan, Jebat Jayden yang mengalami masalah saluran kencing.

Sharnaaz ketika ditemui berkata, masalah kesihatan yang dialami Jebat itu mungkin aturan Allah untuk menjadikan mereka lebih dekat.

“Keutamaan sekarang ada satu saja iaitu Jebat. Bagilah 1,000 Nabila pun, saya cuma ada satu Jebat dan saya akan ada dengan anak saya sampai bila-bila. Nabila dan saya pun masing-masing tidak sempurna. Kita tak tahu lagi kesudahan itu bagaimana,” katanya.

Sharnaaz berkata, sebenarnya dia tidak menghebahkan penyakit yang dialami anaknya itu kerana lebih ramai anak kecil lain yang mengalami masalah kesihatan yang lebih teruk.

“Apabila doktor memberitahu anak saya menghadapi jaangkitan saluran kencing (UTI), kami tidak pasti sangat mengenai penyakit itu. Dalam masa terdekat Jebat akan menjalani pembedaahan,” katanya.

Khabar angin mengenai daakwaan keretakan rumah tangga pelakon itu mula diperkatakan sejak Februari lalu.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

Sumber : Hmetro

‘Saya, Nabila dalam proses pulihkan hubungan’

“Saya dan Nabila sedang dalam proses pulih.”

Itu reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad mengenai hubungannya dengan isteri, Noor Nabila Mohd Noor yang dikatakan bermasalah, sejak Februari lalu.

Sharnaaz mengaku mereka bersepakat memulihkan perhubungan demi anak, Jebat Jayden Ahmad yang berusia lapan bulan.

“Jebat adalah segala-galanya bagi saya. Apa yang berlaku ketika ini, kami sedang melalui proses pemulihan akhlak.

Kami mahu membetulkan diri menjadi suami isteri yang lebih baik demi Jebat,” katanya ditemui di majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya Megapine (M) Sdn Bhd di sebuah hotel di sini, hari ini.

Tambah pelakon filem Sindiket itu, perhubungan mereka lebih akrab apabila Jebat mengalami jaangkitan saluran kencing (UTI) dan sedang dirawat.

“Mungkin apa yang terjadi pada Jebat sehingga kami kembali memulihkan keadaan adalah kerana aturan Allah.

“Apa-apapun, saya reda dan terima dengan ketentuan Allah. Tetapi saya tidak tahu apa kesudahan kami,” katanya.

Sharnaaz berharap proses pemulihan antaranya dengan isteri tidak diganggu campur tangan pihak luar.

“Apa yang terjadi, kami cuba selesaikan sebagai satu entiti keluarga.

“Cuma saya berharap tiada campur tangan luar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Ini kerana kami cuba memperbaiki diri untuk menggalas peranan masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, beberapa perkongsian status Sharnaaz dalam media sosial mengundang spekulasi netizen konon dia berhadapan masalah rumah tangga.

Perkara itu membuatkan rata-rata peminat mendoakan perhubungannya dengan kakak kepada selebriti Neelofa itu baik.

Sebelum ini, Shaarnaz mahu pun Nabila memilih untuk mengunci mulut mengenai gosip berterbangan membabitkan rumah tangga mereka.

Sharnaaz dan Nabila, 35, bernikah pada 31 Mac 2017. Mereka dikurniakan Jebat pada 30 Ogos tahun lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*