TALQIN Buat Arw4h Jutawan Dnars Skincare Yang Sungguh Menyentuh Hati. Masya Allah




Masya Allah, TALQIN buat arw4h ini sungguh lain dan unik sekali, tidak seperti kebiasaan yang pernah kita saksikan di hari pengebuum1an…

Allahu Akbar, di hari kemaat1annya terdedah segala KEBAIKANNYA di mana seorang ustaz mendedahkan bahawa betapa banyaknya sumbangan yang telah diberikan kepada madrasah2 dan pondok tahfiz di seluruh Kelantan.

Menurut ustaz ni lagi, sebelum arw4h pergi buat tak kembali, arw4h ada bertanyakan beliau ‘bagaimana dia ingin memanfaatkan hartanya dan hidupnya sebelum dia men1nggal dunia terutama sekali dalam bulan puasa yang bakal menjelang?

Lalu dijawab oleh ustaz – kamu gunakanlah masamu untuk berbuat TAAT kepada Allah dan manfaatkanlah hartamu untuk bersedekah ke jalan Allah demi mencari REDHANYA…

Allahu Robbi, arw4h begitu TAM4K sekali mencari redha Allah  di mana beliau pada awal bulan Ramdhan telah terbang ke tanah suci untuk mengerjakan umrah dan setelah kembali tanpa bertangguh pula, terus berbakti kepada pusat tahfiz dan anak yatim.

Semua yang dilakukan dan cuba dilakukannya seolah-olah beliau sedar bahawa masa beliau sudah suntuk dan sudah dapat mencium bau AJ4Lnya yang sedang mengintai-intainya…

Ya Allah, marilah sama-sama tonton TALQIN yang HEBAT ni…

Masyaallah hebatnya kematian Almarhumah Faziani yang dikatakan syahid dan kisah hidupnya diumpamakan seperti Saidatina Khadijah❤️..Sangat terkesan dengan kebaikan yang dibuatnya😭😭😭#PengasasDnarsKosmetik#matiItuPasti#AmalanSedekah#kematianYangDicemburui

Posted by Viral Media Johor on Saturday, May 18, 2019

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 39, seorang yang tidak kedekut dan suka memberikan hadiah kepada ramai orang.

Perkara itu didedahkan seorang kenalan, Norazwatul Akmal Kasmuri, 35, yang mengenali Allahy4rham yang lebih mesra dipanggil Kak Ani sejak 10 tahun lalu ketika menguruskan pengiklanan online syarikat kosmetik tersebut sehingga tular.

Menurutnya, sepanjang perkenalannya Allahy4rham adalah seorang yang suka bersedekah dan tidak lokek berkongsi idea dalam setiap urusannya untuk menghasilkan promosi terbaik produknya.

“ Saya kenal dia dengan sikapnya yang suka belanja orang, suka beri hadiah dan bersedekah.

“ Sehingga hari ini saya masih ingat memori dua tahun lalu dia hadiahkan saya beg sempena hari jadi saya. Kami sambut bersama sebab tarikh lahir kami sama iaitu 10 November,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Seorang kenalan lain, Noor Adila Ismail, 33, turut menganggap arw4h seorang yang tidak sombong dan suka bersedekah.

“ Pernah satu ketika dia bayarkan saya makan dengan keluarga. Sedangkan masa itu kami hanya berselisih sahaja tetapi setelah ke kaunter dia sudah bayarkan,”

‘Arw4h wasiat jaga perniagaan’

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahy4rham Faziani Rohban Ahmad, 39, pernah berpesan agar empayar perniagaan yang dibinanya lebih 20 tahun itu diuruskan dengan baik. Pesanan itu dibuat beberapa bulan sebelum kem4tiannya.

Wasiat itu dikongsikan adik kelima Allahy4rham, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 34, kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut Mohd Faizul, Allahy4rham mahukan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan adik-beradiknya menguruskan perniagaan secara bersama sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepadanya.

Mohd Faizul berkata, dia juga perasan perubahan kakaknya itu sejak awal tahun lagi apabila ibu kepada lapan anak itu sering mengadu terlalu penat dan mahu berehat panjang selepas ini.

“Kak Ni (Allahy4rham Faziani) sendiri pesan kepada keluarga dan suami supaya kami dapat uruskan perniagaannya elok-elok nanti jika ada apa-apa yang berlaku kepadanya. Dia mahu berehat dan tidak mahu terlibat dengan perniagaan lagi.

“Dia ada bagi tahu saya, isteri saya dan adik-beradik supaya ingat segala wasiatnya dan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan memberi didikan terbaik,” katanya.

Mohd Faizul berkata, kakaknya juga berpesan jika dia sudah tiada lagi, sebiji berlian simpanan Allahy4rham perlu diberikan kepada anaknya, Irdina Hakim Jasman, 16.

“Saya tidak pernah tengok berlian itu, tapi dia minta berikan kepada Irdina dan dia mahu kesemua anaknya tidak berebut harta kerana kakak sudah sediakan sebuah rumah setiap seorang,” katanya.

Faziani maaut dalam kem4 langan jalan raya di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin selepas Toyota Estima dipandu suaminya merempuh belakang lori dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan zakat di Pondok Krong, Yala.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*