Ini Kata-Kata Dr Nur Amalina Selepas Pembe dahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

Pakar be dah warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri menzahirkan kesyukuran selepas bayi sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin selamat menjalani pembe dahan membuang ketuumbuhan di mulutnya, semalam.

Dr Nur Amalina yang bertanggungjawab mengaturkan pembe dahan bayi itu di London, tidak dapat mengawal perasaannya selepas pembe dahan selama lima jam bagi membuang ketuumbuhan seberat 200 gram (g) itu selesai.

Dr Amalina (kiri) bersama ibubapa Ainul Mardhiah

“Alhamdulillah, Ainul, kamu bayi yang kuat! Selepas lima jam bertarung dalam bilik pembe dahan, ketum buhan (seberat 200g) berjaya dibuang.

“Ainul, kamu bayi yang kuat” – Dr Nur Amalina

“Kamu tak dapat bayangkan betapa bimbangnya saya semasa berada dalam bilik pembe dahan.

“Sebaik saja keluar daripada bilik pembe dahan dan melihat ibu bapa Ainul, saya tidak dapat mengawal perasaan.

“Perasaan saya bercampur baur, satu perjalanan yang penuh emosi dan pengalaman yang amat berharga,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya, hari ini.

Terdahulu, Ainul yang menghidap Germ Cell Tu mour, selamat menjalani pembe dahan selepas ketunbuhan pada mulutnya berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar be dah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Dr Nur Amalina berkata, banyak persediaan seperti perancangan, imbasan, perbincangan dan kesabaran diperlukan bagi memastikan keselamatan Ainul memandangkan pembe dahan dilalui bayi itu berisiko tinggi.

“Pasukan perubatan terbabit adalah pakar be dah pelbagai latar belakang kepakaran (termasuk cranofacial, plastik dan kepala serta perunding leher), diketuai Prof David Dunway dan Juling Ong.

“Saya sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembe dahan ini,” katanya yang turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit memastikan pembe dahan itu direalisasikan.

Mengulas keadaan Ainul, Dr Nur Amalina berkata, bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan dalam pemerhatian selepas pembe dahan.

“Mari kita doakan kesembuhan Ainul. Terima kasih untuk doa kalian,” katanya

Dalam pada itu melalui status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata, pembe dahan membuang ketum buhan anaknya itu berjaya dan Ainul berjaya melepasi risiko bahaaya.

“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.

“Alhamdulillah, sampai tidak tahu macam mana lagi nak ucap terima kasih pada doktor yang terbabit. Sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.

“Ainul sekarang sedang berehat dan doktor tengah memantaunya,” katanya.

Sumber: hmetro via TV LEJEN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*