Viral Video ‘Intim’ Seorang Menteri Malaysia, Ini Respond Khairy Jamaluddin. Dia Rasa Sungguh Kecewa

Susulan viral video lu cah yang dikaitkan dengan seorang menteri Malaysia, Khairy Jamaluddin turut meluahkan rasa kecewa dengan politik hari ini. Video yang didakwa dirakam di sebuah hotel itu turut menimbulkan tanda tanya orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan adegan di ran jang itu.

Menurut Ahli Parlimen Rembau, pekerjaan sebagai seorang ahli politik pada hari ini bukanlah pekerjaan senang kerana suasana politik Malaysia pada ketika ini berada pada tahap terlalu busuk.

“Kita dah pun trauma dengan fitnah yang berlaku satu ketika dulu. Perlu ke kita dedahkan tuduhan ke jam pada generasi seterusnya dengan niat untuk menjatuhkan karakter seseorang?”

Harini, kalau ternampak berita ‘kotor’ mengenai politik, jangan beri perhatian. Perkara buruk macam ni berjaya untuk jatuhkan orang kalau kita beri perhatian.

Hari ini busuk sebusuknya – KJ

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menggesa rakyat Malaysia “mengalihkan pandangan” daripada berita buruk berkenaan politik negara.

Kenyataan itu susulan tersebarnya video se ks yang menyasarkan seorang menteri serta pengakuan seorang lelaki yang mengatakan dirinya terlibat dalam video itu.

“Politik ialah profesion yang sukar. Ada kala ia kotor. Ada kala ia sangat kotor. Hari ini ia busuk sebusuknya (Today it stinks to the high heaven).

“Jika anda terlihat berita buruk berkenaan politik kita hari ini, alihkan pandangan. Hal seperti ini semakin marak apabila diberi perhatian,” katanya menerusi Instagram Story hari ini.

Walaupun tidak menyebut secara khusus, kenyataan Khairy itu selepas tersebarnya klip video memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan intim, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.

Politik kotor

Kerja politik sekarang mencabar. Kadangkala ia kotor, kadangkala ia teramat keji. Betul-betul di tahap paling busuk. Adakah kita mahu dedahkan generasi lain dengan fitnah keji demi menjatuhkan watak seseorang? Kejahatan hanya akan rancak sekiranya diberi perhatian.

Khairy Jamaluddin meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam politik hari ini. Dia turut persoalkan kepada mana-mana pihak dalam politik perlu ke menunjukkan contoh begini kepada generasi akan datang semata-mata untuk menjatuhkan seseorang.

Respon netizen

Ramai sokong KJ

Sekitar 1.25 pagi semalam, beberapa wartawan Malaysiakini dijemput menyertai dua kumpulan WhatsApp dinamakan “Jemputan Hari Raya ###” di mana tiga klip video tersebut dikongsikan.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.

Awal pagi ini Setiausaha Sulit Kanan Shamsul Iskandar Md Akin, Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut.

Dia mendakwa kejadian itu berlaku pada 11 Mei lalu i sebuah bilik hotel di Sandakan dan video itu dirakam tanpa kebenarannya.

Ahmad Fadhli Shaari

Naib Presiden Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari turut menyuarakan sentimen sama bahawa ia adalah permainan politik “tak beretika dan jijik” yang perlu dijauhi.

“Saya minta anak muda khususnya anggota PAS agar tidak terheret dalam politik kotor seperti ini.

“Jangan sebar video yang tidak sah kebenarannya, apatah lagi ia dibimbangi menjerumuskan kita ke dalam kesalahan membuat tuduhan zina dan homoseksual tanpa bukti, seperti yang diwajibkan dalam Islam,” katanya menerusi rakaman audio Whatsapp.

Beliau berkata soal kesahihan video tersebut perlu diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut memberi peringatan sama dan mengingatkan tentang jenayah qazaf iaitu membuat tuduhan zina atau homoseksual tanpa empat saksi yang adil.

“Perbuatan menyebarkan video ataupun gambar perlu dielakkan sama sekali untuk mengelakkan umat Islam terjerumus dalam amalan keji yang tidak lain tidak bukan hanya untuk menjatuhkan air muka seseorang individu.

“Justeru Abim menyeru rakyat Malaysia menolak sama sekali amalan politik murahan yang keji seperti ini kerana ia hanya akan merosakkan moral masyarakat kita,” kata setiausaha agungnya Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam kenyataan.

Sumber :KJ

Kredit : Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*