Penyanyi Veteran Negara, Datuk A Rahman Hassan Meniinggal Dunia. Ini Kata-Kata Dari Anak Sulungnya

Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang pada jam 12.40 malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, arwah meninggal dunia akibat jang kitan kum4n pada paru-paru dan lemah jantung.

Ia disahkan anak sulungnya, Khir Rahman.

Rahman yang popular pada era 1960-an bersama Orkes Nirwana menerusi lagu Tak Mengapa, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam Isnin lalu itu menyaksikan A Rahman diselamatkan serta dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Khir memaklumkan Allahy4rham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

Katanya, jnzah bapanya akan dimandikan di hospital dan akan dibawa pulang ke rumah sebelum dikebuumikan di Tanah Perku buran Islam Taman Keramat.

Jnzah ayahnya kemudian akan dikebu mikan selepas Zohor di tanah perku buran yang turut menempatkan jnzah isterinya, Allahyarham Datin Azizah Mohamad yang menuinggal du nia pada 26 April 2013.

Pada malam Isnin lalu, arw4h telah dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri di stesen minyak sewaktu keluar untuk membeli makanan.

Terdahulu, pada 1 Jun, arw4h juga telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 3.30 pagi akibat masalah jantung.

Sumber : Harian Metro, Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*