Bekas Pelajar Ini Tampil Jelaskan Kelakuan Sebenar Cikgu Yang Didakwa Mer0tan Pelajar Perempuan




Tidak kira guru tadika, guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah, guru pondok, guru al-Quran, mereka adalah pembentuk zaman. Selalulah ingat, tidak kira siapa kita dan di mana kita sekarang, semuanya kerana ilmu yang diajar guru.

Bekas Pelajar tampil mempertahankan tindakan bekas gurunya yang mer0tan pelajar perempuan kerana mengeluarkan perkataan ‘Ah Kua’, semalam.

Menurutnya tindakan guru itu cuma untuk memberi pengajaran agar pelajar menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Well guys, dia adalah cikgu BM saya, belajar dengan dia selama 5 tahun dan sekarang sudah 8 tahun saya kenal dia.

“Cikgu memang baik orangnya dan jarang rotan anak murid. Sebab dialah saya fasih berbahasa Melayu dan kerana cikgu-cikgu di sekolah itu merotan saya, sekarang saya berjaya melangkah ke universiti,” tulis Siva N Eswaran menerusi satu komen di Facebook.

Siva juga meluahkan rasa kecewa terhadap pelajar perempuan terbabit kerana bersikap kurang ajar menggelarkan cikgu berkenaan sebagai p0ndan.

Malah, dia menyifatkan ibu bapa pelajar terbabit gagal dalam membentuk anak mereka menjadi insan yang menghormati orang lain.

“Pelajar itu memang patut kena r0tan. Kalau saya jadi cikgu, saya akan suruh dia cuci jamban sekolah sebab mak bapak dia gagal dalam mendidik anaknya menghormati orang lain,” tulisnya lagi.

Bekas pelajar SMK Skudai itu memberitahu, guru lelaki yang mengajarnya subjek Bahasa Melayu itu merupakan seorang yang baik dan penyabar.

Video Penuh

Cikgu rotan anak murid sebab mulut murid kurang ajar..

Dalam kes ni siapa yg salah? cikgu atau murid?Patut ke tak patut cikgu ni rotan sampai camtu? Mak murid ni ada cakap bahasa cina, sapa ble translate.. Kredit: Tamizhar Media

Posted by KualaLumpur Viral on Monday, June 24, 2019

Walhal pada mesyuarat seperti inilah ibu bapa patut menyuarakan pandangan bagi menolong guru meningkatkan prestasi sekolah.

Hatta diundang ke sekolah setahun sekali berjumpa guru darjah pada hari menyemak rekod dan prestasi murid pun ibu bapa tidak sudi.

Baik di bandar mahupun di kampung, ibu bapa hanya datang ke sekolah apabila anak mereka tidak lulus atau tidak mendapat banyak A dalam peperiksaan.Mereka akan menyoal – dan marah guru – mengapa anak mereka lemah dalam pelajaran, mengapa anak mereka gagal memperoleh 10 A?

Kredit :KuLihatLangitBiru




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*