Ini Pesanan Izam EYE Kepada Kedua Isterinya Selepas Dia Terlantar Akibat Angin Ahm4r




KEADAAN kesihatan bekas penyanyi kumpulan EYE, Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 51, yang diserang angin ahm4r pada Isnin mula beransur pulih.

Bagaimanapun menurut isteri keduanya, Rosmawati Hassan, pergerakan Izam masih terbatas dan dia tidak boleh berdiri serta memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

“Dia baharu sahaja dipindahkan ke wad dari zon kritik4al sebelum ini.

“Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik berbanding semalam tetapi bacaan d4rah dan kencing m4nis masih tinggi. Semalam bacaan d4rah tinggi mencecah 210, hari ini sudah turun ke 151.

“Tetapi pergerakan dia masih lagi lemah, belum boleh angkat tangan dan tak boleh berjalan. Setakat ini dia hanya boleh duduk. Kalau hendak ke bilik air, dia memerlukan kerusi roda,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Bercerita lanjut mengenai keadaan Izam, Rosmawati memberitahu emosi suaminya itu agak terganggu sebaik dimaklumkan menghidap angin ahm4r.

“Dia jadi begitu sedih selepas diberitahu menghid4p angin ahm4r.

“Dia siap berpesan agar kami (isteri pertama dan kedua) untuk duduk sebumbung untuk saling menjaga sesama sendiri dan menjaga anak-anak sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini.

“Ya lah, apabila dah sakit dan tak boleh bangun, macam-macam yang difikirkannya. Dia banyak menangis kerana bimbang akan menyusahkan kami dan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Rosmawati berkata Izam juga perlu menjalani beberapa sesi r4watan susulan selain terpaksa mengambil ubat-ubatan.

“Setakat ini saya fokus pada r4watan susulan terlebih dahulu.

“Dia perlu menjalani beberapa sesi fisioterapi selain perlu mengambil ubat,” katanya.

Terdahulu, Izam dikejarkan ke H0spital Serdang akibat serangan angin ahm4r selepas pulang dari Kuantan, Pahang pada Isnin.

Izam dikatakan berada dalam keadaan lemah dan rebah di ruang tamu kediamannya selepas mengalami kebas-kebas pada bahagian badan.

Sumber: Mstar Online




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*