Dia Ceritakan Detik Ketika Ag0ng Datang Bantu. Ini Apa Yang Dia Nampak, Terkejut Dia…




SHAH ALAM: “Saya memang terkejut apabila melihat payung kuning dan beberapa individu bersongkok lilit putih menghampiri kenderaan selepas 10 minit selepas kereta saya terbaabas.”

Demikian cerita Pegawai Penerangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Jasliza Jamil selepas terlibat dalam kemalangan di susur Persiaran Barat ke lebuh Sentosa, Putrajaya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Jelas Jasliza, kereta Perodua Alza yang dipandu seorang diri itu tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan terbaabas ke tengah pembahagi jalan.

“Pada waktu itu memang hujan renyai dan selalu saya lihat orang kemaalangan di kawasan ini tapi hari ini berlaku kepada saya pula.

“Selepas itu saya duduk di bahagian belakang kereta dengan keadaan yang masih trauma dan tangan menggeletar tiba-tiba saya ternampak payung kuning menghampiri kenderaan.

“Kemudian saya nampak Yang di-Pertuan Ag0ng dan baginda bertanyakan keadaan saya.

“Baginda turut menawarkan untuk membawa saya ke h0spital tetapi saya ambil keputusan untuk ke balai p0lis terlebih dahulu.

“Alhamdulillah saya menerima bantuan yang sangat mudah di balai p0lis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Kejadian tersebut telah dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi Istana Negara kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Yang di-Pertuan Ag0ng, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah turun dari kenderaan rasminya untuk memberikan bantuan kepada mgsa kemaalangan di Putrajaya.

Menurut hantaran pada laman itu, Seri Paduka Baginda dalam perjalanan untuk menghadiri Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati dekat sini.

Rakaman YDP Agong mencemar duli bantu mangsa kemalangan… Daulat Tuanku..

Posted by Makcik Puaka Fans on Tuesday, June 25, 2019

Kejadian Sebelum Itu,

PUTRAJAYA: Jika beberapa hari lalu tular di media sosial rakaman Yang di-Pertuan Ag0ng, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beratur membeli makanan di sebuah restoran makanan segera, hari ini baginda sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia.

Kali ini baginda telah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mgsa kemaalangan jalan raya di Putrajaya, pada Rabu.

Difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya.

Mgsa kemaalangan juga, yang juga dikenali sebagai Jasliza Jamil bagaimanapun tidak mengalami keceederaan yang serius.

Selepas selesai membantu mgsa, baginda terus menyambung perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet.

Rakaman foto baginda turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mgsa itu turut dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara.

Rata-rata rakyat Malaysia kagum dengan sifat baginda yang sangat mesra dengan rakyat jelata.

Sumber : Astr0 Awani




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*