‘Ya Tuhan! Duit kertas palsu, gold bar pula macam coklat bar’ – Video Peniaga 0nline kant0i Tayang Benda Palsu. Terbahak Netizen Tengok




Rakaman Video Ada Disediakan Di Bawah

Pelbagai cara yang digunakan oleh peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Iklan atau teknik pemasaran merupakan satu langkah yang digunapakai untuk melariskan produk keluaran mereka. Jika teknik yang digunakan menepati citarasa pengguna, maka untunglah si peniaga, tetapi jika tersilap cara, menjadi bahan kritikan pula.

Selain daripada memuat naik iklan di media sosial, menjadi trend terkini peniaga membuat secara langsung di Facebook dan Instagram. Di situ peniaga atau pengasas produk akan mempromosikan produk secara besar-besaran dengan memberikan diskaun kepada pelanggan, cabutan bertuah berserta hadiah.

Untuk memenangi hadiah yang ditawarkan, individu perlu berkongsi kan ‘live’berkenaan ke mana-mana group di dalam Facebook.

Perkongsian secara langsung seorang peniaga baru-baru ini menjadi tular apabila wang yang ditayangkan itu merupakan duit palsu.

Berdasarkan video tersebut, wanita yang bernama Siti memegang sejumlah wang sambil menjemput netizen menyertai sesi siaran langsung itu. Kelihatan juga beberapa keping not berjumlah RM100 diletakkan di atas meja.

Insiden kantoi itu dilihat ketika Siti mengambil salah satu not RM100, di belakang not tersebut kelihatan kosong.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung mendapat kritikan netizen. Mereka menganggap peniaga tersebut tidak berlaku jujur dan mengaburi mata pembeli.

Walaubagaimanapun, ada netizen mengatakan wang di tangan Siti yang berjumlah RM 2,000 adalah tulen.

Alamakkk.. tersilap amik yg tak potong lagi plakk 🤦🏻‍♀Malaysia LiveFb Blooper

Posted by HyperViral on Wednesday, June 26, 2019

Sumber: mymediahub via rakan media

Pihak mereka ada beritahu tujuan mereka guna duit palsu atas dasar keselamatan untuk elakkan dari dirompak.

“Duit contest digunakan duit sebenar, duit rm100 duit cetakan yg ditulis speciment bagi mengelakkan kejadian rompakan berlaku , bukan untuk digunakan bagi urusan jual beli.”

Jangan main main dengan duit Palsu .. Lelaki Ini dah rasa

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Gara-gara memiliki 19 keping wang palsu RM100 di rumah sewanya, seorang pekerja am dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini.

Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu selepas Didiari Saini, 33, mengaku bersalah memiliki 19 keping wang denominasi RM100 dengan mengetahuinya sebagai palsu dan dengan hendak menggunakannya sebagai tulen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit Pangsapuri Sri Nilam, Ampang, dekat sini kira-kira pukul 11.10 malam, 28 November lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Dalam pada itu, Didiari turut dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas mengaku gagal mengemukakan kad pengenalan semasa pemeriksaan di tempat, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 25(1) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua pula penjara tiga bulan. Hukuman penjara itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 29 November lalu

Sumber : Utusan Online




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*