Bella Dally Tak Puas Hati Dengan Tindakan Syarikat Produksi JS Pictures Milik Sheila Rusly. Ini Yang Terjadi Selepas Itu




Baru-baru ini Bella Dally ada memuat naik respon mengenai isu gambarnya disunting menjadi bahan props untuk drama Silang, lakonan Nazim Othman dan Emma Maembong di Instagram sebelum dipadam.

Ia berikutan dengan penerimaan DM  bertalu-talu oleh peminatnya selepas kes itu menjadi viral. 

Saya tak puas hati jadi saya hubungi Sis Sheila sendiri, saya dah maafkan – Bella Dally

Bella ada menghubungi Sheila Rusly sendiri untuk bertanyakan mengenai isu tersebut, Sheila Rusly selaku pemilik syarikat produksi yang menjayakan drama tersebut tampil memohon maaf bersama individu yang mengendalikan props untuk drama tersebut.

Silap saya juga sebab tak sen sitif dengan isu ni – Sheila Rusly

Dalam pada itu, Bella berharap agar mana-mana pihak produksi tidak mengambil mudah dalam isu-isu sebegini.

Terdahulu, gambar perkahwinan Bella Dally dan bekas suaminya Nazim Othman telah dijadikan bahan props untuk drama Silang.

Dalam babak tersebut, gambar Bella disun ting dengan menggantikan muka hero in Emma Maembong, isu ini viral di Twitter dan menjadi bualangan hangat netizen

PELAKON, Bella Dally mengakui tidak puas hati dengan tindakan syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd kerana menyunting gambar kahwinnya dengan bekas suami, Nazim Othman dan digantikan dengan wajah pelakon, Emma Maembong dalam telefilem Silang yang ditayangkan kelmarin.

Perkara itu diketahui Bella selepas mendapat kiriman mesej daripada beberapa kenalannya selain ia turut tular di laman sosial.

Sehubungan itu, Bella menghubungi penerbit drama itu, Sheila Rusly dengan menghantar mesej di aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan pencerahan mengenai perkara itu.

“Saya mendapat banyak mesej peribadi (DM) daripada rakan, keluarga dan peminat mengenai perkara ini. Saya tahu, anda juga mempersoalkan perkara sama.

“Bagi saya, ia seperti tidak menghormati saya dan perlu diselesaikan. Saya tidak puas hati, jadi saya secara sendiri menghubungi Sis Sheila.

Sheila Rusly Mohon Maaf Pada Bella Dally Sebab Guna Gambar Jadi Bahan Prop

“Dia dan prop master meminta maaf. Saya maafkan mereka kerana kita manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan,” katanya.

Menerusi status dimuat naik Bella, dia berharap mana-mana pihak tidak mengambil mudah perkara sebegitu dan mengambil kesempatan.

Dalam masa sama, Bella turut memuat naik paparan perbualan antara dirinya dengan Sheila Rusly.

Sheila mengakui kesilapan dibuat pasukannya dan tampil memohon maaf.

“Maaf, bagi pihak pasukan saya minta maaf. Saya akan minta prop master minta maaf.

“Kesilapan saya juga sebab tak sensitif dengan isu ini. Maaf sekali lagi,” tulisnya.

Sementara itu, Fawwaz daripada bahagian seni telefilem itu turut menghantar mesej permohonan maaf pada Bella.

“Assalamualaikum, maaf ganggu. Saya Fawwaz, Art Department dari telefilem Silang JS Pictures Sdn Bhd.

“Saya ingin memohon maaf atas kesilapan menggunakan gambar kahwin awak untuk disunting sebagai bahan prop dalam tele itu,” tulisnya.

Telefilem arahan Azman Yahaya atau Jinggo itu menampilkan Nazim Othman dan Emma Maembong selaku watak utama.

Sumber hmetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*