Akhirnya Fizo Omar Meluahkan Apa Yang Dia Rasa Dan Ini Yang Akan Dia Lakukan Untuk Anaknya Wan Maryam




Setelah khabar angin mengatakan rumah tangganya berantakan, Fizo Omar mengesahkan dia dan Mawar Karim bukan lagi suami isteri. Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, pada pagi Rabu.

Fizo menerusi Instagramnya meluahkan apa yang terbuku di hati setelah terpaksa melepaskan isteri di usia perkahwinan mereka menginjak 6 tahun.

‘Allah tidak pernah zalim’

Menurut bekas naib juara Hero Remaja 2008 ini, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Usaha dari pihaknya dan isteri telah dibuat dan mereka memilih untuk berpisah dengan cara damai.

Apa yang berlaku diantara saya dan Mawar ini adalah dengan izin-Nya. Setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

[VIDEO] Fizo, Mawar sah bercerai talak satu

[VIDEO] Fizo, Mawar sah bercerai talak satu. Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan pada pukul 10.55 pagi tadi.Klik https://bit.ly/2xGl5GW untuk berita penuh.Video oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Posted by Kosmo Online on Tuesday, July 9, 2019

Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik. Saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin Allah, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kepada co-parent kepada zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.

Hubungan baik berterusan

Dia juga mendoakan supaya hubungan dengan bekas isteri akan kekal baik demi kepentingan anak mereka. Dia juga menjelaskan tiada sebarang konflik antara mereka dan perceraian berlaku atas kekurangan bersama.

Insya-Allah hubungan baik saya dan Mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.

Fizo, Mawar sah cerai

Kemelut rumahtangga pelakon, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, dekat sini, sebentar.Berita penuh di https://bit.ly/2YJc3oD

Posted by Sinar Harian on Tuesday, July 9, 2019

Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu permulaan fasa baru dalam hidup kami, sebagai co-parent dan sahabat baik. Tiada perbalahan diantara kami, punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.

Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yg lebih baik kelak.

Kenyataan Penuh Fizo Omar di Instagram

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN.

Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami.

Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya.

Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.

Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak.

Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

Sumber: Fizo Omar

Kredit: Oh Bulan




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*