‘Aliff Aziz Menangis Jumpa Ustaz Ebit Lew’ Ini Jawapan Sebenar Isi Hati Aliff Aziz




“Sebagai ayah, saya sendiri pun tak mahu dia lakukan benda tidak baik, yang saya pernah lakukan sebelum ini,” katanya dalam video berdurasi 33 minit 15 saat itu.

Aliff juga mengakui, sepanjang perkahwinannya dengan Bella, banyak perkara baik yang sepatutnya dilakukannya sebagai suami.
“Setiap manusia ada baik buruknya dan untuk saya, lebih banyak yang buruk berbanding perkara baik.

“Saya rasa, sepanjang perkahwinan kami, banyak perkara saya boleh lakukan dengan lebih baik berbanding apa yang berlaku.

“Saya doakan Bella supaya terus berjaya dan mendapat kebahagiaan sepatutnya,” katanya.

sungguh sayu Aliff Aziz

Aliff juga meluahkan rasa rindu terhadap anaknya dan akan cuba membuat panggilan video dengannya setiap hari.

“Kali terakhir saya bertemu dengan anak kira-kira sebulan lalu. Lagi pula, bekas isteri sibuk dengan kerja, jadi belum ada masa untuk saya berjumpa dia lagi.

“Dia masih kecil dan penting untuk saya ada dengan dia,” katanya.

Dalam perbualan itu juga, Ebit menasihati Aliff supaya menjaga solat dan mendekatkan diri dengan Allah.

“Demi anak dan kerana Allah, kita kena perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat dan jangan tinggal solat. Kalau boleh, ambil masa untuk solat berjemaah.

“Selalulah membaca doa Nabi Yunus untuk mencari jalan keluar daripada musibah. Apa yang berlaku dalam hidup kita hari ini adalah supaya kita tersedar dan menjadi manusia lebih baik.

“Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Semasa kita ingat akan Dia, Dia ingat kita. Sewaktu kita lupakan Dia, Dia masih tetap ingatkan kita,” katanya.

Sesi perkongsian itu juga menyaksikan Aliff berkongsi mengenai kehidupannya selepas bercerai yang kucar-kacir dan cuba mencari ruang untuk menenangkan diri dengan cara salah.

“Sewaktu baru bercerai, saya rasa tak boleh menerima hakikat kerana itu adalah fasa paling gelap dalam hidup.

“Waktu itu, saya rasa makin jauh dengan Allah, ditambah pula pergaulan dengan mereka yang tidak sepatutnya, membawa saya pergi lebih jauh sehingga melakukan perkara dilarang dalam agama.

“Saya cuba mencari titik ketenangan, namun tak jumpa di mana ketenangan itu. Apabila saya mula kembali kepada keluarga, rasa tenang itu mula kembali ditemukan,” katanya.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei lalu.

Video

Aliff Aziz Menangis

Aliff Aziz Menangis

Posted by Newscoviral on Friday, July 12, 2019

sumber : hmetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*