Lelaki Yang Mera ba Budak Perempuan Telah Berjaya Ditangkap. Disebabkan Bukti Ini PDRM Yakin Lelaki Ini Adalah Sus pek Utama




Lelaki yang diburu selepas disyaki menca bul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di sebuah kedai di Bandar Country Homes di sini petang Rabu lalu akhirnya ditangkap p0lis.

Ketua P0lis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, lelaki warga Indonesia berusia 45 tahun itu ditahan di kawasan pembinaan berdekatan Bandar Country Homes di sini hari ini.

Mempunyai Baju Yang Sama Ketika Kejadian.

“Bertindak atas maklumat diterima sepasukan anggota p0lis berjaya menangkap suspek di kawasan Country Homes. Turut dirampas pakaian digunakan ketika kejadian.

“Siasatan awal dapati sus pek positif terlibat dalam kes yang disiasat. Dia bekerja sebagai buruh binaan dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan Sinar Harian semalam.

Menurutnya, perintah tahanan reman akan dimohon di mahkamah esok untuk disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Se ksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Terdahulu, perbuatan tidak senonoh suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kedai serbaneka sebelum ia tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 51 saat itu, mangsa dirakam berada di rak jualan kedai bersama seorang kanak-kanak perempuan dipercayai adiknya.

Ketika mangsa leka melihat barang di rak jualan, suspek mendekatinya dari arah belakang memeluk dan mengge sel bahagian bawahnya dengan pung gung kanak-kanak itu sebelum beredar.

Lelaki tidak diketahui identitinya itu kemudian kembali lagi ke rak jualan terbabit dan memeluk mangsa dengan kuat sebelum kedua-dua kanak-kanak itu melarikan diri.

Bapa kanak-kanak terbabit kemudian membuat laporan p0lis.

Sumber: Sinar Harian




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*