Hentikan Spekulasi Kes Kayu Besb0l Untuk Elak Isu Perkauman. PDRM Buru Individu Sebar Maklumat Palsu Mengenai Kemalangn Itu




KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu berhubung insiden kmalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi yang mengakibatkan Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meniinggaI dunia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pelbagai spekulasi telah dibuat di rangkaian komunikasi dan platform media sosial malah turut dikesan usaha sesetengah pihak memanipulasi insiden tersebut bagi membangkitkan sentimen perkaumn yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat dan ketenteraman awam di negara ini.

“PDRM telah mengeluarkan beberapa kenyataan rasmi mengenai punca kejadian tersebut.

“Tangkapan telah dibuat ke atas suspk dan polis turut menyeru saksi-saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, PDRM menasihatkan masyarakat agar tidak menyalahgunakan rangkaian komunikasi yang boleh memecahbelahkan serta mengganggu gugat perpaaduan antara kaum, lantas menjurus kepada polemik perkaumn dan keagamaan.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang kelmarin, Syed Muhammad Danial ma ut setelah berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangn kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan.

Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Sumber Sinar harian

Polis buru individu sebar maklumat palsu mengenai kemalangn di Lebuhraya Utara Selatan Sabtu lalu

Ada individu dan pihak dikesan menyebarkan maklumat palsu berhubung kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City Sabtu lalu menyebabkan kemaatian seorang lelaki berusia 29 tahun.

Pada waktu ini, Polis Selangor sedang giat mengumpul maklumat palsu yang dikongsikan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum mengenl pasti dalang di sebalik penyebaran tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asistten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, selain mengganggu siasatan, maklumat palsu yang disebarkan itu boleh mengganggu keharmonian kaum.

“Kami akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membawa mereka ke muka pengadilan.

“Ini kerana individu yang menyebarkan maklumat palsu ini seolah-olah mereka berada di tempat kejadian. Sebaliknya mereka hanya mendengar laporan dari pihak lain yang juga mendapat maklumat yang tidak tepat,” katanya menurut laporan NST.

Fadzil berkata, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu hanya membawa kepada polemik perkauman dan agama sehingga ia jauh dari fakta sebenar kejadian tersebut.

“Sebaik sahaja siasatan selesai, kami akan menjejaki dan menangkap mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian itu,” katanya.

Sumber: NST via The Reportermy




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*