Ma yat Wanita Kulit Putih Ditemui Di Lokasi Pencarian Nora Anne. Ini Penjelasan Dari Pihak P0lis




Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai may4t di kawasan pencarian Nora Anne Quoirin, 15, di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan penemuan may4t itu pada 1.57 tengah hari ini.

“ Kami menemui may4t wanita kulit putih. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan lagi identiti may4t itu.

“ Lokasi penemuan may4t kira-kira dua kilometer dari lokasi Nora Anne dilaporkan hilang,” katanya.

Operasi bagi mengesan Nora Anne sehingga semalam membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Terdahulu, beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat masuk ke lokasi may4t itu ditemui.

Keluarga kepada remaja berkenaan turut dilihat masuk ke lokasi penemuan may4t berkenaan dengan menaiki kereta.

Sidang media berhubung penemuan itu akan diadakan petang nanti.

Terdahulu kepada Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di sebuah resort di Pantai di Seremban, menawarkan ganjaran RM50,000 kepada individu yang berjaya menemukan semula remaja itu.

Ibu mangsa, Maebh Jaseprine Quoirin berkata, tawaran itu sebagai usaha pihaknya dalam membantu polis mengesan Nora Anne yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

“ Nora adalah anak sulung kami. Kami terlalu sayangkan dia dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Nora untuk tampil membantu mencari dia.

“ Polis sudah berusaha gigih untuk mengesan Nora. Bagi membantu siasatan mereka, kami membuat keputusan menawarkan ganjaran RM50,000 yang disumbangkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Belfast (Ireland) yang enggan dedahkan namanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Balai Polis Pantai dan hanya boleh dihadiri agensi media tertentu.

Itu adalah kali pertama ahli keluarga mengadakan sidang media sejak kehilangan Nora Anne.

Berita tentang kehilang Nora Anne telah menarik pihak berkuasa luar negara apabila pasukan polis dari England, Ireland dan Perancis membantu polis Malaysia melakukan siasatan berhubung kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Netizen

Sumber: hmetro via Viral Network




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*