Polis Yakin Myat Yang Dijumpai Adalah Nora Anne. Tetapi Bila Ditanya Adakah Kawasan Tersebut Sebahagian Kawasan SAR, Ini Jawapan Daripada P0lis




Polis yakin myat yang ditemui petang tadi berhampiran resort The Dusun Hill, Pantai di sini merupakan gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang 4 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, bagaimanapun beliau menegaskan pengesahan hanya dapat dibuat selepas laporan bedah siasat diperoleh.

“Keluarga mngsa juga telah ke Hospital Tuanku Jaafar, (HTJ) Seremban untuk pengecaman myat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, myat berkenaan ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi dan menyelamat (SAR) berkenaan.

“Myat perempuan berkulit cerah itu ditemui oleh sepasukan pendaki sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 1.57 petang,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Pantai di sini petang tadi.

Mazlan berkata, myat itu ditemui di kawasan lurah berdekatan dengan anak sungai lebih kurang 2.5 Kilometer dari lokasi penginapan Nora Anne dilaporkan hilang dekat The Dusun Hill di sini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaan myat itu, Mazlan mengesahkan ia dalam keadaan tidak berpakaian (b0g3l) namun enggan mengulas sama ada terdapat sebarang kecderaan pada tubuh myat itu.

Menurutnya, myat tersebut dibawa keluar dari lokasi dan diterbangkan menggunakan helikopter ke HTJ.

Dalam pada itu, ketika menjawab pertanyaan mengenai adakah kawasan tersebut merupakan sebahagian daripada kawasan SAR, Mazlan berkata, pihaknya telah melakukan pencarian di situ sebelum ini.

“Kita telah melakukan operasi meliputi kawasan itu. 2 kilometer, 4 kilometer dan 6 kilometer dan kemudian berpatah balik,” katanya.

Mazlan turut menegaskan kes masih disiasat di bawah kes orang hilang dan bukannya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop,” katanya.

Terdahulu beliau meluangkan masa melawat lokasi kejadian sebelum tiba ke sidang media di Balai Polis Pantai di sini petang tadi.

“Pihak keluarga sudah dimaklumkan dan dibawa ke HTJ untuk proses pengecaman. Bagaimanapun, polis yakin myat berkenaan adalah Nora Anne,” katanya.

Hari ini, pasukan SAR menjumpai myat di kawasan pencarian Nora Anne yang membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Sumber : sinar harian / hmetro




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*