“Sabarlah Sayang, Baru 4 Jam Tak Main” – Nora Danish Mahu Gelak Ketawa Dengan Suami




Pelakon Nora Danish ada memuat naik sekeping gambar ketika dia bersama suaminya, Nedim Nazri atau sinonim dengan panggilan Bossned di akaun Instagram miliknya.

Foto pelakon Nora Danish bersama suami, Nedim Nazri yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya menyebabkan pengikutnya di laman sosial itu terhibur.

Nora berkongsi foto bersama kapsyen yang mengatakan hobi suaminya itu bermain aplikasi permainan popular, PUBG menyebabkan dia tidak keruan apabila tidak bermain permainan itu.

Menurut perkongsi Nora itu, dia sebagai isteri pun mahu bergurau senda dengan Nediam dan mahukan berbagi masa dengannya daripada bermain permainan popular itu.

Abam #pubg. Hati tidak keruan, jari jemari menggeletar…. nak tekan button tembak, telinga pula rindu mendengar bunyi langkah berlari di Sanhok. Bibir tebal Itu , rindu nak bergelak ketawa dengan geng #pubgNED For life dia !!!! Sabar la sayang… baru 4 jam tak main, u can do this !!! 😘🥰 isteri pun Nak ketawa ketawa ngan u…. bagi la sikit masa emas mu itu….. , p/s : I love u hubs. Pls don’t Marah me. Hahah.

“Abam #pubg. Hati tidak keruan, jari jemari menggeletar…. nak tekan button tembak, telinga pula rindu mendengar bunyi langkah berlari di Sanhok.

“Bibir tebal Itu , rindu nak bergelak ketawa dengan geng #pubg NED For life dia !!!! Sabar la sayang… baru 4 jam tak main, u can do this !!!

“isteri pun Nak ketawa ketawa ngan u…. bagi la sikit masa emas mu itu….. , p/s : I love u hubs. Pls don’t Marah me. Hahah.,” – tulis Nora Danish di Instagram.

Perkongsian Nora itu mendapat perhatian daripada peminat dan rata-rata peminat berasa terhibur apabila membaca kata-kata yang dikongsi oleh Nora.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.

Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Foto : Instagram Nora Danish

Sumber : Media Hiburan via NewsKini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*