“Saya Bukan SAKSI Kejadian” – Seorang Pengguna Laman FB Meminta Maaf Setelah Mengaku Komen Yang Dimuatnaik Bukanlah Cerita Dari Dia




Ada individu dan pihak dikesan menyebarkan maklumat palsu berhubung kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City Sabtu lalu menyebabkan kemaatian seorang lelaki berusia 29 tahun.

Pada waktu ini, Polis Selangor sedang giat mengumpul maklumat palsu yang dikongsikan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum mengenl pasti dalang di sebalik penyebaran tersebut.

Antara individu yang hanya copy paste dan muat naik status didalam Facebook dikenali nama Izzudin Harith. Namun beliau telah memuat naik status dengan memohon maaf.

Assalamuailum wbt. Saya minta maaf byk2.. saya bukan SAKSI kejadian. Saya xtaw ada yg screenshot komen saya ni dan sebarkan. Actually statement saya ni saya copy paste dr pengomen sebelum saya kerana ramai yg taya kronologi kejadian.. Jd smasa saya scroll komen2 saya jumpa ada yg cerita kronologi. Saya copy paste dan share di page tersebut. hakikatnye Saya tiada ditmpt kejadian..

Saya memohon maaf atas salah fhm statemnt saya disini.

Ini status awal Izzuddin sebelum dan selepas disuruh membuat laporan polis.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asistten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, selain mengganggu siasatan, maklumat palsu yang disebarkan itu boleh mengganggu keharmonian kaum.

“Kami akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membawa mereka ke muka pengadilan.

“Ini kerana individu yang menyebarkan maklumat palsu ini seolah-olah mereka berada di tempat kejadian. Sebaliknya mereka hanya mendengar laporan dari pihak lain yang juga mendapat maklumat yang tidak tepat,” katanya menurut laporan NST.

Fadzil berkata, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu hanya membawa kepada polemik perkauman dan agama sehingga ia jauh dari fakta sebenar kejadian tersebut.

“Sebaik sahaja siasatan selesai, kami akan menjejaki dan menangkap mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian itu,” katanya.

Sumber :NST via Awattt Syeikhh




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*