Bapa Hin4 “Kema luan” Bekas Isteri Berbau Ikan Masin, Tetapi Anak Yang Dapat Tempias




PENGHII NAAN yang dilakukan pelakon Galih Ginanjar terhadap bekas isterinya Fairuz A Rafiq masih belum menemui titik nokhtah.

Menurut laporan Liputan6, kali ini anak tunggal mereka iaitu King Faaz Arafiq pula terheret sama dalam isu memalukan itu.

Dikhabarkan kanak-kanak berusia 7 tahun itu menjadi mangsa buli di sekolah setelah tular kisah mengenai kedua ibu bapanya sejak awal Julai lalu.

Isteri kepada Galih iaitu Barbie Kumalasari berkata apa yang terjadi kepada anak tirinya itu merupakan antara risiko yang harus mereka hadapi.

Malah, Barbie menyalahkan Fairuz di atas keengganannya berdamai dengan Galih.

“Iyalah risiko, nama pun kanak-kanak mesti akan jadi begitu (buli). Makin viral berita itu… pasti emosi anak pun kena! Sejak awal saya dah cakap kasihan dekat anak, tapi permintaan untuk berdamai tak dilayan, ya sudah!

“Mahu tak mahu itu ayahnya, pasti akan lebih ramai membuli atau memanjangkan isu ini sampai proses perbicaraan.

“Ia akan membuatkan psikologi anak menjadi lebih parah, jadi yang kena nanti anaklah!,” katanya.

Galih dan dua Youtuber iaitu Rey Utami dan Pablo masih lagi berada dalam tahanan polis dan sedang dibicarakan.

Galih Ginanjar disiasat polis 13 jam, nafi ‘bau ikan masin’ merujuk kemaluan bekas isteri

PELAKON Galih Ginanjar disoal siasat polis selama 13 jam berhubung kes penghinaan yang dibuat lelaki itu terhadap bekas isterinya yang juga aktres, Fairuz A Rafiq.

Menerusi laporan Tribunnews, Galih tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya ditemani peguam, Rihat Hutabarat dan dibenarkan pulang selepas 13 jam berada dalam bangunan tersebut.

Galih yang ditemui media selepas soal siasat dilihat keletihan dan dibantu peguam memberikan keterangan kepada wartawan.

“Selama 13 jam ada empat pertanyaan diterima Galih berkait rakaman penghinaan dan proses pembuatan video itu.

“Siasatan berjalan lancar dan tiada tekanan dan tindakan lain, namun agak penat kerana kurang rehat,” katanya.

Sebelum itu, pelakon sinetron Cinderella ini tampil membela diri dengan menegaskan kenyataan bau ikan masin yang didakwa menghina itu sebenarnya bukan ditujukan pada alat sulit bekas isterinya seperti tanggapan ramai.

“Sebenarnya bagi saya ikan masin yang saya katakan itu adalah makanan,” katanya.

Hadir sama ketika sidang media itu ialah isteri Galih, Barbie Kumalasari dan peguam, Rihat Hutabarat.

Pada Khamis, Galih dalam satu video yang tular di media sosial mendakwa kemaluan bekas isterinya itu berbau busuk seperti ikan masin sehingga mendorong Fairuz membuat laporan polis.

Ekoran isu tersebut, seluruh keluarga Fairuz turut berang dan bertegas mahu menegakkan keadilan buatnya.

Galih dan Fairuz berkahwin pada 2011 namun pada 2013 pasangan ini disahkan bercerai.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber Mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*