Bekas Suami Bakal Dipen jara Kerana Membuka Aib Di Youtube Tentang Hal Dlm Kain. Ini Yang Dikatakan Oleh Bekas Suami Yang Dianggap Bi adap




Jaga lah aib suami isteri, jangan terlalu seronok bercerita sehingga perkara yang tidak sepatutnya orang lain tahu terus semua orang tahu.

Terutama di zaman media sosial ini, jari itu rasa ringan untuk menaip kisah kisah hidup sendiri atau pasangan. Jika kisah itu membawa manafaat atau kebaikkan sudah tentu boleh, tetapi ini kisah yang mengaibkan.

Perkara ini yang terjadi pada kisah dibawah ini dimana bekas suami terlalu seronok bercerita sehingga hal dalam kain didedahkan. Munkin pada saat itu, dia merasakan perkara itu lucu untuk dikongsi.

Galih Ginajar bakal dipenjara 6 tahun hina kema luan bekas isteri berbau ikan masin

Fairuz bersama suami dan peguamnya selepas membuat laporan polis terhadap Galih (bekas suami)

GARA-GARA mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube, pelakon Indonesia Galih Ginanjar bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun.

Menurut laporan CNN Indonesia, bekas isterinya yang juga seorang aktres Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah ‘dalam kain’ ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Menerusi pendedahan tersebut, Galih memberitahu hubungan kelamin yang dilakukan mereka hanya bertahan selama 15 minit.

Malah, lebih keterlaluan apabila Galih turut mendakwa alat sulit bekas isterinya berbau seperti ikan masin.

Ekoran isu tersebut, seluruh keluarga Fairuz turut berang dan bertegas mahu menegakkan keadilan buatnya.

Galih dan Fairuz berkahwin pada 2011 namun pada 2013 pasangan ini disahkan bercerai.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber : MSTAR ONLINE

Memang memalukan .. 




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*